Friday, 8 April 2011

Jumaat

Assalammualaikum WBT...

JUMAAT..."Penghulu segala hari". Alhamdulillah dan rasa bersyukurnya saya kerana selama 14minggu menjejaki alam Pra-pekerjaan di JKR. saya bukan sahaja dapat belajar selok belok bekerja di sana malah saya juga dapat belajar ilmu agama. Setiap hari Jumaat bukan saja diisi dengan ilmu2 teknikal, tapi diisi dengan ilmu kerohanian.

Rasa bersyukur yang tidak terhingga, kerana selama ini saya kurang mengetahui perkara2 yang sedikit sebanyak dapat membantu diri saya sendiri sebenarnya. mungkin dengan adanya kelas2 agama seperti ini ia dapat membantu untuk memperbaiki diri sendiri. saya sangat tertarik dengan ceramah Ustaz Ali Sobri, beliau sentiasa berpandukan Buku Don't Be Sad atau dalam arabnya Latahzan. maksud latahzan adalah jangan engkau bersedih. banyak yang diceritakan dan merungkai ayat2 atau kata2 dibuku itu tersebut. saya juga amat tertarik dengan kata2 beliau iaitu "DALAM DUA JIWA ADA SATU HATI". maksud perkataan itu adalah dalam setiap apapun benda mestilah ada dengan niat dan niat itu adalah satu, iaitu pegangan. Benar juga dengan kata2 ini " KEBODOHAN TANDA KEMATIAN". Seorang yang jahil akan sentiasa berfikiran kolot dan sentiasa jauh terpesong dari ajaran sebenar. malah dikatakan tidak percaya kepada Allah. kita juga harus merebut ilmu dengan ilmu juga kita seharusnya mengkaji. bukan sentiasa ditindas tanpa pemikiran yang terbuka. Kita juga tak perlu bersedih dimuka bumi Allah tetapi kita sebagai umat Muhammad tidak lari dengan kesedihan, tetapi kesedihan ini seharusnya dapat dikawal.

secebis kata dari Ustaz Ali Sobri:-
"usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu didunia, tetapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihmu diakhirat"


p/s: maaf sekiranya kesilapan ayat. saya hanya manusia biasa yang tidak lari dari kesilapan.." Akhir kita datang, awal kita pergi..wallahualam..." sekian

8 comments:

  1. sori.. latazan or La Tahzan? (jgn bersedih)
    agak konpius d situ...n sdg tercarik2 versi yg menarik yg sold out d pasaran. =P

    ReplyDelete
  2. la tahzan la cha...haha...aku br perasan ejaan salah..aku ada buku nya...hahaha......

    ReplyDelete
  3. haiya...!! aku dr dulu da org rekemen bce..sbb dia dah nk hafal buku tu..tp aku bertangguh2..p kedai buku, x carik, tp selongkar komik...tp mmg bgus utk jiwa cha. jiwa kacau

    ReplyDelete
  4. hahahha....tuhla ko jiwe komik byk sangat nih..hahaha.....aku pun amik abg aku punyer jer..haha....kongsi2 maaa..hehehe

    ReplyDelete
  5. chooiiiii!!! bli sendirik la besh cha.ahahaha

    ReplyDelete
  6. hahaha....ala yg penting aku bc cha..hehehe..dr xda..hahahahhaha

    ReplyDelete
  7. heheheh.....mana ada cha...!!!kui3!!!

    ReplyDelete