Situation: Silent mode.
Song: Speak now.
Disebabkan keadaan office agak sunyi, tambahan pulak hari ni hari jumaat. lepas rehat dan lepas sembayang jumaat dorang pun mengularlah. eceh!! okeyh lah sementara aku tunggu presentation aku kejap lagi pasal programming aku duduk-duduk lah dalam office ni. tiba-tiba aku teringat pulak abah kat kampung. alahai rindu nya kat abah. lama sangat aku tak balik kampung, aku cadang nak balik kampung tapi esok aku ada exam MUET pulak. tertundalah nampaknya. apalah khabar abah dekat kampungkan? telefon pun abah tak angkat pulak. mungkin sibuk berehat atau kerja. cari rezeki, biasalah kerja kampungkan. aku kan orang kampung, dan aku tak malu pun abah aku kerja kait sawit. sebab duit kait sawit lah ayah aku menampung aku.. abah aku memang seorang yang gagah, walaupun dah menjangkau 62tahun, tapi mampu angkat galah yang panjang tuh sebab nak mencari rezeki. banyak pengalamanlah masa kecil-kecil dulu, ala aku cerita bukan sebab nak bersimpati ke apa, cuma sekadar cerita pengalaman aku dulu waktu tolong abah. cakap je kerja kampung apa aku tak pernah buat?? kait sawit, menoreh getah, tanam padi, tanam jagung, kutip buah rapai(biji sawit), dan macam-macamlah. kalau setakat menjala cari ikan tuh aku dah biasa. memang benda-benda ni buat aku bersemangat tau nak belajar dan berjaya walaupun kadang-kadang nak tenggelam. hehe!!
Dulu aku lah sangat anak yang selalu kena bantai dengan abah, gara-gara bergaduh dengan abang-abang dan kakak-kakak. sebab dulu aku suka ludah dorang. haha.. betul ker kalau meludah kat orang nanti dah besar ada kurap. huish, nasib baik aku tak ada.. haha.. dahlah kena bantai dengan penyapu lidi, lepas tuh kena duduk luar rumah pulak tuh. sape yang kunci pintu tuh? abah juga. hehe..! alahai nasib badan, siapa suruh meludah.. kan dah kena. hamik kau..hehe... dulu abah aku ada motor lama tau, bunyi ekzos dia Ya Allah hanya Allah jelah yang tahu. macam meriam buluh tuh. sampai aku pesan dekat abah kalau nak ambil aku packing motor dekat klinik tau jangan masuk dekat kawasan sekolah. jarak sekolah ke klinik tuh ada la dalam 200meter. tau sebab apa? sebab aku malu. haha.. sometime miss sangat memori dulu-dulu sama keluarga, tapi sekarang berbezalah. semua dah berbeza. okeyhla malas nak cerita pasal tuh, nanti silap-silap sambil menaip banjir pulak kawasan JKR ni..haha..
Dah besar ni, aku mula fikir sampai bila aku nak berharap pada keluargakan. so, aku rasa aku nak balas jasa-jasa dorang. buat abah, walaupun dulu kita ada masalah abah tetap abah adam. baik buruk abah tetap abah adam. adam sangat bangga jadi anak abah. adam doakan tahun ni giliran abah dapat melihat kaabah (mekah) untuk menunaikan fardhu haji. Amin..
sayang abah saya.. Maafus Bin Saladri =)
Dah besar ni, aku mula fikir sampai bila aku nak berharap pada keluargakan. so, aku rasa aku nak balas jasa-jasa dorang. buat abah, walaupun dulu kita ada masalah abah tetap abah adam. baik buruk abah tetap abah adam. adam sangat bangga jadi anak abah. adam doakan tahun ni giliran abah dapat melihat kaabah (mekah) untuk menunaikan fardhu haji. Amin..
sayang abah saya.. Maafus Bin Saladri =)
No comments:
Post a Comment