Friday, 29 April 2011

InTRA

macam biasa sejak aku duduk rumah sebab dah tak praktikal kat JKR, kerja aku pagi-pagi je aku dah kena buat kerja rumah. menyapu, campakkan kain baju seluar masuk kedalam washing machine dan sidai isi yang aku campak dalam washing machine. kerja aku ini mengalahkan budak perempuan dekat rumah. nak buat macam mana, tolong mak kat rumah. sayang mak lah kata kan aku ni..hehe.. walaupun kondisi aku kurang sihat hari ini, dengan demam bertemperturekan 38.7darjah Celsius aku gagah kan jugalah..kalau demam ni biasalah mestilah tak lupa dengan selsema dan batuk ala-ala cekodok pisang..:)

Okeyhlah semalam hari penghargaan di Jabatan Kerja Raya Elektrik Ipoh. aku juga sempat menghadiri majlis penghargaan tuh. sempat jugalah bergambar dengan kawan-kawan praktikal lain dan staf-staf di JKR. Sedih pun ada nak tinggalkan JKR tuh, tapi masalahnya aku dah habis dah pun. haha.. yela siapa tak sedihkan dah rapat dan kenal diri masing-masing. biasalah dalam pertemuan akhirnya mesti ada perpisahan. Akhir kita datang, awal kita pergi kan. ini yang diperkatakan oleh ustaz ali sobri dulu masa ceramah agama setiap jumaat. erm semalam lepas je selesai makan-makan kami semua pergi ke tesco station18 untuk melalak memuaskan hati kami, yela saat akhir bersamakan. so berkumpullah ramai-ramai, lupakan dendam dan sakit hati so kita berhibur k..haha.


aku pula lepas ni dah habis belajar, tunggu nak presentation jer minggu depan. aku samalah dengan kawan aku tuh, yang lain masih meneruskan perjuangan untuk meraih kejayaan bagi mendapat segulung diploma. InsyaAllah, doakan untuk mereka ok. Amin.. Tak sangka dan takku duga akhirnya berakhir juga pra-pekerjaan ni, tapi semua memori dekat JKR ini mungkin tak dapat dilupakan, melainkan lost memories kat otak nih. ahaks!



nilah mereka-mereka semua, hari ini mereka last praktikal dekat JKR tu, aku je habis awal semingggu dari mereka-mereka semua.











ni pula makcik timah dan makcik ton, mereka ini lah makcik yang selalu bagi aku gelak dan tak kedekut orangnya, selalu mempelawa aku makan. masakkan mereka sangat-sangat sedap. thanks makcik timah dan makcik ton. miss u all.. rindu ini InsyaAllah tak kan terhenti..

"amitie pour toujours....InsyaAllah.. Je vous aime tous..merci pour tout,et de prendre tout le monde des soins....♥...merci..merci...merci....."

__okeyh semua thanks...semoga semuanya dilindungi Allah dan sihat sentiasa..03 jan-22hb..:)

Tuesday, 26 April 2011

Amanah saham malaysia

Dunia tanpa sepadan, besi-besi bertebangan diudara, juga bertebaran disamudera. manusia bergerak sambil duduk sahaja, era perhubungan atau komunikasi telah maju, gelombang menggerakkan aksara melalui putih-putih kecanggihan mula terbentang. aku hanya terjaga ketika alunan berkumandang merebut seruan yang di anugerahkan. Alihan suara bertukar menjadi garau, ketika sedang lena terjaga dibuai mimpi. embun sinar dan harapan dipagi hari, ingin aku rasai. Alhamdulillah selangkahku menuju kehadapan, kemaafanku berikan kepada yang menyakitkan. hari kedua tanpa tekanan, dihari bekerja aku mula merasakan nikmat-nikmat kelegaan. bersedia untuk menempuh jalan yang berliku dijalanan aku meneruskan tanpa paksaan. sampai ke destinasi tujuan menimba ilmu pengetahuan, mendengar insurans takaful malaysia untuk perlindungan hari-hari yang mendatang, malang aku mengecewakan si dia. terus melangkah mencari sahabat yang benar-benar aku harapkan, kerana dia aku sentiasa tidak kesunyian..:)



walaupun tahun, abad kita lalui tak mungkin saat-saat dulu kita lupakan. ini hanya inspirasi aku untuk meluahkan apa yang aku rasa, mungkin tahun-tahun yang akan datang kebahagian ini akan dimilik pada orang yang benar-benar menangihkan kebahagian yang hakiki.

hari ini adalah masa depan, dan hari ini juga adalah langkah yang baru untuk meraih kejayaan. jangan berhenti untuk mencuba, kerana mencuba sesuatu mungkin hasilnya akan bernilai.


persoalan: kenapa ayat aku macam skema jer nih??
jawapan: hari skema sedunia..

p/s:bila kita berdiri dengan kaki kita tanpa bantuan, mungkin kejayaan bakal kita raih...pesanan dari penaja..:)

lokasi: stadium Ipoh.
program: minggu amanah saham malaysia.

Monday, 25 April 2011

Nur kasih

Nur Kasih The Movie - Official Trailer



serius xsabo nak tengok cerita nur kasih nih..cam best jer tengok, cerita yang xpernah miss sekali pun dulu..jom kasi gegar pawagam 19 mei nih...pakat ramai2 erk..

Sunday, 24 April 2011

Dear God

Dear God the only thing I ask of you is
to hold him when I'm not around,
when I'm much too far away
We all need that person who can be true to you
But I left her when I found her
And now I wish I'd stayed
’Cause I'm lonely and I'm tired
I'm missing you again oh no
Once again

Some search, never finding a way
Before long, they waste away
I found you, something told me to stay
I gave in, to selfish ways
And how I miss someone to hold
when hope begins to fade...

Saturday, 23 April 2011

Abang saya bertunang

Assalammualaikum wbt...

yes!! akhirnya abg saya bertunang juga..ensem kan abg saya??haha..tengoklah siapa adiknya..huh!! kacak bergaya ustaz Amirul nih a.k.a Asraff muslim berbaju melayu putih. tahniah3!!!



suke dia bertunang..gelojoh der..!!haha



Friday, 22 April 2011

Tahniah...last day..

tahniah En.kamarul...

LAST DAY TRAINING...
03 JAN - 22 APRIL 2011..


Alhamdulillah selama 16 minggu aku menempuh pra pekerjaan di JKR atau di nama kan lebih feminine ialah Jabatan Kerja Raya Elektrik Ipoh, akhirnya berakhir juga. walaupun banyak ilmu yang belum aku kutip dekat JKR tapi aku tetap bersyukur kehadrat Illahi sebab aku diberi peluang untuk berkhidmat disana. Ini bagai satu titik permulaan bagi aku yang bakal menempuh alam pekerjaan sebenar kelak.


banyak kenangan manis, pahit, suam-suam kuku. tapi kebanyakkan nya suam-suam kuku la. walaupun aku agak terkilan beberapa perkara, tapi aku cuba untuk mengawalnya. biarpun hati ini sakit. okeyh.. apa-apa pun aku tetap bersyukur. Alhamdulillah..

thanks pada semua yang memberi kerjasama..terutama pada bos en.nadzri dan staf-staf yang lain, serta kawan-kawan pritikal..semoga Allah jer dapat membalas semuanya..

Thursday, 21 April 2011

fedup


orang boleh kata aku tocing...tapi dorang tak kan tahu perasaan aku... sebab dorang bukan berada kat tempat aku. jangan kata sabar dekat aku sebab aku dah penat sangat dengar. untunglah siapa dapat tempat yang okeyh. ok fine korang dapat rasa tempat yang best, aku jer lah yang tanggung kat situ. lalu tempat aku pun semua tak nak pandangkan?? ok tomorrow is last day. sentap tak sentap aku jer tahu. now, korang boleh senyum sampai ke mata k.. congratulation u all....

Wednesday, 20 April 2011

mcd sekadar mcflurry mango..

Bila terasa bosan beginilah aku...dengan tiada teman untuk melepaskan kebosanan aku pun apa lagi terus menuju ke mcd medan gopeng dan hanya makan mcflurry mango peach..keadaan yang sangat sejuk aku layan jela aiskrim nih..sedap nyer wey..!!!haha..cadangnya nak buat report industry training tapi tersangkut gara-gara sifat malas melanda. haha.. saya sangat nakal di sini, semua tengok saya...terasa diriku begitu berharga..haha..maaf kepada kawan-kawan bukan tak mahu ajak, tapi tak siapa nak ikut..haha..



walaupun sejuk di sini, tapi dengan keazaman yang tinggi aiskrim mcflurry ini bagaikan air panas jer..wahhh sedap3!!!!...next time makan burger kesukaan ku lak k..hehe..

Tuesday, 19 April 2011

cuti...

okeyh disebabkan hari ini cuti hari keputeraan sultan perak yang ke83 tahun, aku cadang aku nak keluar jenjalan. tapi macam malas pulak, yela tengok cuaca pun macam nak hujankan. so mungkin aku tundakan plan aku tuh lain kali. erm disebabkan tak ada aktiviti aku pun menyelongkarlah pendrive aku, mana lah tau ada cerita best ke kan..Ooops..! tiba-tiba aku jumpa gambar aku sem lepas, masa lepak-lepak dengan budak silat dekat alamanda. masa nih nak tengok wayang, cerita apa tah aku pun tak ingat. dengan otak yang hampir masuk air kami buat alamanda ni macam company bapak kami..haha..


please give me one more...!!!




opss!! tunang orang okeyh!!



rindu zaman silat dulu-dulu. gaya dah macam hang tuah dah aku time dulu-dulu.. haha..! tp sekarang dah resign gara-gara bagi peluang dekat budak baru.. haha...apa-apa pun langkah kiri dan kanan tetap aku tak lupa. haha...

Friday, 15 April 2011

Abah

Place : Dalam office.
Situation: Silent mode.
Song: Speak now.

Disebabkan keadaan office agak sunyi, tambahan pulak hari ni hari jumaat. lepas rehat dan lepas sembayang jumaat dorang pun mengularlah. eceh!! okeyh lah sementara aku tunggu presentation aku kejap lagi pasal programming aku duduk-duduk lah dalam office ni. tiba-tiba aku teringat pulak abah kat kampung. alahai rindu nya kat abah. lama sangat aku tak balik kampung, aku cadang nak balik kampung tapi esok aku ada exam MUET pulak. tertundalah nampaknya. apalah khabar abah dekat kampungkan? telefon pun abah tak angkat pulak. mungkin sibuk berehat atau kerja. cari rezeki, biasalah kerja kampungkan. aku kan orang kampung, dan aku tak malu pun abah aku kerja kait sawit. sebab duit kait sawit lah ayah aku menampung aku.. abah aku memang seorang yang gagah, walaupun dah menjangkau 62tahun, tapi mampu angkat galah yang panjang tuh sebab nak mencari rezeki. banyak pengalamanlah masa kecil-kecil dulu, ala aku cerita bukan sebab nak bersimpati ke apa, cuma sekadar cerita pengalaman aku dulu waktu tolong abah. cakap je kerja kampung apa aku tak pernah buat?? kait sawit, menoreh getah, tanam padi, tanam jagung, kutip buah rapai(biji sawit), dan macam-macamlah. kalau setakat menjala cari ikan tuh aku dah biasa. memang benda-benda ni buat aku bersemangat tau nak belajar dan berjaya walaupun kadang-kadang nak tenggelam. hehe!!

Dulu aku lah sangat anak yang selalu kena bantai dengan abah, gara-gara bergaduh dengan abang-abang dan kakak-kakak. sebab dulu aku suka ludah dorang. haha.. betul ker kalau meludah kat orang nanti dah besar ada kurap. huish, nasib baik aku tak ada.. haha.. dahlah kena bantai dengan penyapu lidi, lepas tuh kena duduk luar rumah pulak tuh. sape yang kunci pintu tuh? abah juga. hehe..! alahai nasib badan, siapa suruh meludah.. kan dah kena. hamik kau..hehe... dulu abah aku ada motor lama tau, bunyi ekzos dia Ya Allah hanya Allah jelah yang tahu. macam meriam buluh tuh. sampai aku pesan dekat abah kalau nak ambil aku packing motor dekat klinik tau jangan masuk dekat kawasan sekolah. jarak sekolah ke klinik tuh ada la dalam 200meter. tau sebab apa? sebab aku malu. haha.. sometime miss sangat memori dulu-dulu sama keluarga, tapi sekarang berbezalah. semua dah berbeza. okeyhla malas nak cerita pasal tuh, nanti silap-silap sambil menaip banjir pulak kawasan JKR ni..haha..

Dah besar ni, aku mula fikir sampai bila aku nak berharap pada keluargakan. so, aku rasa aku nak balas jasa-jasa dorang. buat abah, walaupun dulu kita ada masalah abah tetap abah adam. baik buruk abah tetap abah adam. adam sangat bangga jadi anak abah. adam doakan tahun ni giliran abah dapat melihat kaabah (mekah) untuk menunaikan fardhu haji. Amin..

sayang abah saya.. Maafus Bin Saladri =)

Thursday, 14 April 2011

Tuesday, 12 April 2011

M e r c i

Thanks sahabat..
&

u are only one..
friend forever...
Duniawi & ukhrawi..

msmasochist_cha ko la teman dunia akhirat aku..thanks bantu aku semalam, dalam kekusutan aku kau membantu untuk memberi aku semangat.. ( menitis air mata aku kau bagi nasihat semalam )...yeah semangat baru!!

en.g_ko pun teman dunia akhirat aku...thanks sebab sanggup teman aku pergi hospital..serba salah disitu sebab menyusahkan..untunglah mak aku sayang kau lebeyh...haha...chooiii

Monday, 11 April 2011

S i c k

S A K I T
M A T A.

KU SANGKA KAN KETUMBIT..
RUPANYA BUKAN....VIRUS DIMATA MENYERANG...
TAK SANGKA MATA KANAN KU DI OPERATE....

S A K I T W E Y......!!!

UNTUNG R DAPAT MC 2HARI...TP...........?

Sunday, 10 April 2011

Suka-suki

saja keluar jalan-jalan.....




yang paling penting "ku juga mencintaimu"...the favorite song by Firdaus...hahah...feeling habis ko nyanyi yer..apa yang penting ENJOY!!!!!

Saturday, 9 April 2011

Cry for the moon..

hari yang sangat menarik...
aku bangun selewat yang boleh..
terkejut pabila si kakak masuk ke bilik...
dengan slamber nya bangun terus minum air...
dan membuat muka yang agak chumel sehingga kan si kakak tersenyum..
tiba-tiba mata kanan terasa sakit..Ops Ketumbit la lak..
tertanya-tanya adakah aku mengintai sesiapa??
hanya menggaru kepala dan terus merebahkan tubuh seketika...
tiba-tiba aku mendengar bunyi fon ku..

"Alo ini olang nama kamalul ke??"
kamalul???
dengan suara yang agak-agak manja, aku pun menjawab.
" ye saya kamarul..."
" ini hali incik kamalul sibuk ka???"
" hari ini saya tak sibuk.."
" Boleh datang ka ini company untuk interview?"
"Interview??untuk apa??"
"haiya ini ha saya balu dapat resume incik kamalul dari internet ma"..
"Owhyeker..okeyh2 saya datang..."

aku dengan slamber nya pun bangun..
pergi la interview kat bercam..
dengan gaya yang ala-ala justin bieber aku pun pergi..
entah dapat entah tidak la kan...
kita tunggu je jawapan nya..

p/s: aku lupa aku terintai anak buah aku berak dalam pampers malam tadi..sian dia aku tgk meneran...paksu wat dek jekan...ishk...ishk...ishk...

Friday, 8 April 2011

Jumaat

Assalammualaikum WBT...

JUMAAT..."Penghulu segala hari". Alhamdulillah dan rasa bersyukurnya saya kerana selama 14minggu menjejaki alam Pra-pekerjaan di JKR. saya bukan sahaja dapat belajar selok belok bekerja di sana malah saya juga dapat belajar ilmu agama. Setiap hari Jumaat bukan saja diisi dengan ilmu2 teknikal, tapi diisi dengan ilmu kerohanian.

Rasa bersyukur yang tidak terhingga, kerana selama ini saya kurang mengetahui perkara2 yang sedikit sebanyak dapat membantu diri saya sendiri sebenarnya. mungkin dengan adanya kelas2 agama seperti ini ia dapat membantu untuk memperbaiki diri sendiri. saya sangat tertarik dengan ceramah Ustaz Ali Sobri, beliau sentiasa berpandukan Buku Don't Be Sad atau dalam arabnya Latahzan. maksud latahzan adalah jangan engkau bersedih. banyak yang diceritakan dan merungkai ayat2 atau kata2 dibuku itu tersebut. saya juga amat tertarik dengan kata2 beliau iaitu "DALAM DUA JIWA ADA SATU HATI". maksud perkataan itu adalah dalam setiap apapun benda mestilah ada dengan niat dan niat itu adalah satu, iaitu pegangan. Benar juga dengan kata2 ini " KEBODOHAN TANDA KEMATIAN". Seorang yang jahil akan sentiasa berfikiran kolot dan sentiasa jauh terpesong dari ajaran sebenar. malah dikatakan tidak percaya kepada Allah. kita juga harus merebut ilmu dengan ilmu juga kita seharusnya mengkaji. bukan sentiasa ditindas tanpa pemikiran yang terbuka. Kita juga tak perlu bersedih dimuka bumi Allah tetapi kita sebagai umat Muhammad tidak lari dengan kesedihan, tetapi kesedihan ini seharusnya dapat dikawal.

secebis kata dari Ustaz Ali Sobri:-
"usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu didunia, tetapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihmu diakhirat"


p/s: maaf sekiranya kesilapan ayat. saya hanya manusia biasa yang tidak lari dari kesilapan.." Akhir kita datang, awal kita pergi..wallahualam..." sekian

Thursday, 7 April 2011

Sebak

Alhamdulillah dan syukur kehadrat Illahi kerana baru-baru ini saya sempat pergi ke rumah abang saya dengan niat hendak menghantar emak ke sana dan akhirnya dapat melepaskan rindu saya pada abang yang lama tak bersua dan berjumpa. disamping itu saya dapat menziarahi kakak sulung yang sangat saya sayangi. tak dapat mengungkapkan apa2 perkataan kerana terlalu sebak melihat keadaan kakak. Hanya doa dan air mata saja yang dapat saya ungkapkan.. ujian yang menimpa bagai satu badai yang susah untuk diterima, tetapi saya pasrah kerana ini adalah dugaan dari Allah SWT untuk hamba dimuka bumiNYa..


saya juga berkesempatan untuk menjejakkan kaki ke masjid besi di putrajaya. Alhamdulillah saya juga sempat menunaikan solat sunat dan fardhu disitu.. melihat kalimah Allah yang berada didalam masjid hati saya sangat tersentuh dan cuba untuk menahan, saya hanya berdoa agar insan yang ada disamping saya sentiasa bahagia. entah kenapa, titisan air mata tak dapat dikawal lagi. mungkin kali ini saya benar2 merasakan sesuatu pada diri saya. Dalam kehidupan saya, tiada langsung kegembiraan tetapi setiap langkah saya menuju kerumah Allah jiwa saya sangat tenang dan gembira. hati yang dulunya luka kini pulih dengan perlahannya..


"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berDoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran."
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 186)


* ini adalah ujian dari Allah.. terimalah segala qada dan qadar yang Allah tentukan.. maaf dipinta andai kata-kata membuatkan kalian terasa..

p/s: Adam doakan kakak cepat sembuh dan bersabar.. buat emak, semoga selamat pergi dan pulang ke sabah..saya sayang kamu...

Santapan selepas MUET...

MUET...the meaning of Malaysia University English Test... Owh so sad babeyh.. go baby go...!! erm disebabkan terlalu nerves segala yang ada didalam kepale otak aku nih lebur akibat masalah debaran dihati yang TERLAMPAU.. mendapat candidates B, dan point nyer pula mengenai " Personal financial management", aku terkedu dan terkesima iuntuk menerangkan point itu... rasa nak menangis tetapi masih mampu mengawal perasaan.. pada mulanya aku sudah berjanji pada kawan baik ku yang sehidup dan semati untuk tidak mengenakan diantara satu sama lain, tetapi disebabkan nerves yang terlalu extreme aku dengan pantas dan confident nya menuju soalan kepada nya... sampai tercunggap2 dia nak jawab... dengan bebekalkan muka yang marah, aku wat xtau jer..haha...bapak susah dowh soalan MUET nih...

nak tau x pe yang jadi sebelum MUET bermula, ceciter...ceciter...!!bakooo jer...! aku dengan lambat nya pergi mendaftar gara2 berselera makan megi dipagi hari sampai jam pun xnampak..alih2 dah nak kul 11..then br nak mandi..hahaha... dengan pantasnya aku keluar dari rumah, tengok meter..minyak dah nak habis...haha..tp dengan tekad akhirnya sampai gak..walaupun minyak dah nyawe2 ikan.. sampai jer kat sekolah yang aku nak pergi ambil MUET nih, adalah plak sorang perempuan nih gler belagak cakap english..duk pumpang pumpang, semua duk usha dia lain macam jer.. walaupun ko pandai jangan la nak poyo sangat wey.. nyampah aku...

okeyh2!!! setelah selesai je MUET aku tuh.. aku pun lepak2 la ngan kawan baik aku pergi ke JUSCO, dengan bebekalkan perut yang sangat lapar, kami pun menuju lah ke secret recipe untuk beli kek..haha.. teringin giler kot..haha.. pastuh melepak lah kami ke MCD tuh selama2 yang kami mampu..haha... agak2 dah bosan tahap gaban aku pun saje2 la tengok2 baju..padahal tak beli pun..saje gatai...

wah mcd kesukaan ku...yehaaa



best friend sampai mampus...




tengah tensen so camni la jadinya..



p/s: aku makan banyak kot td..sendat dah perut..hahaha