Assalammualaikum WBT...
simple word "BERSYUKUR" rasanya hari demi hari aku mula rasa yang aku kena terima hakikat yang masa tu tak boleh nak berundur. Sesiapa pun akan sedih kalau keputusan yang dibuat tu sebenarnya salah. tapi entah, mungkin tu petunjuk bahawa Allah nak uji aku. Mungkin dengan kesilapan yang aku buat akan mematangkan diri aku. Itu saja yang aku dapat fikir buat masa ni.
Aku sangat ketara bila tak ada siap-siapa yang boleh tunjuk aku jalan, beri motivasi, pendapat tapi selepas ramai yang pergi tinggalkan aku sorang-sorang aku dah tak boleh nak bagi keputusan means dalam diri aku ni. Bukan aku tak pernah nak cuba, tapi aku sangat-sangat blur. Siang malam aku sentiasa ingat dan berfikir tanpa henti, erm bila waktu makan pun kekadang selalu buat aku fikir. Sampai bila?
Penat dah berusaha, sampai suatu masa aku angkat tangan seolah-olah aku give up. Bukan aku nak publisiti or ambik perhatian orang tapi aku cuma meluahkan apa yang aku rasa. Seronok bagi aku hanya sementara, bila hari tu seronok hilanglah beban yang aku fikir. Tapi bila habis jer melompat-lompat, terkinje-kinje aku mula sedar yang aku ni sangat stress.
Memang aku seorang yang bising, suka gelak, suka menyanyi, suka menyakat tapi hanya luaran, sebab aku tak nak orang fikir yang aku ni mengada-ngada. I'll just go with the flow and stay happy.
Rasa kosong, sepi, sunyi, itu yang ada..
*memang kalau masa tu berputar kembali kesilapan tu mungkin tak akan ada. Tapi InsyaAllah Allah menjanjikan kebahagian selepas kepahitan yang kita tempuh. Hanya DIA yang aku mampu luahkan segala-galanya..
------------------------------------------------------------------------------------------------
P/S: Aku memang tak pernah nak sempurna, tapi tolong jangan tinggalkan aku.. Mr.K
Tisu tolong!
ReplyDeleteHaha, takde sape tinggalkan sape. Semua orang ada masalah. Insyallah ada penyelesaian dia.
Kuat weyh!
:)
hehehe..jgn sedih erk..cerita laki bini..hahah
ReplyDeletekuat seperti biskut TIGER..haha