Assalammualaikum wbt..
Salam Satu Malaysia..salam sejahtera..salam talam dua muka dan salam cium tangan ye hadik-hadik..
Okeyh selepas merepek meraban dengan member baek (korek-korek bau) kat pecebook, so tetibe jer dia tunjuk kebakatannya nak jadi salah satu peserta realiti.. Mula nama Kak Ton disebut-sebut.. taulah nama Kak Ton femes sekarang.. Mana taknya...
Comel tak Kak Ton....??
Masing-masing jawab: Comel... (Nada rasa macam nak bagi penampar sekilo) angkat tangan letak kat bahu kepala melangut tak turun-turun.. so HipOoooo..
Ok sebenarnya bukan cerita itu yang aku nak cerita untuk entry ni.. aku nak share lagu yang membuatkan aku tertarik. For your information ni kira first time dengar.. hahaha.. Sebab ada yang bagi lagu ni dekat aku. So sangat awesome. credit thanks to my bro yg bagi dekat bbm.. Sekali dgr kena dengan jiwa aku.. bukan jiwa kak ton okeyh!!!
Disebabkan lagu ni kira aku jatuh cinta aku share dekat siapa-siapa yang sudi lah..
okeyh first nak aku tujukan pada diri aku, kengkawan yang sangat baik, kengkawan yang sama puaka dan memuaka dengan aku dan buat yang teristimewa untuk keluarga Mak abah...kakak abang dan buah hati pengaran jantung serta pada anak-anak buah Paksu yang ohsem.. (Berapa banyak "dan" dan dah macam menang award..) kaw ingat kaw siapa?
cuba hayati okeyh lirik-lirik lagu ini, sangat menenangkan jiwa membuatkan jiwa-jiwa tuh bergetar (kaw tengok dah macam cikgu fauziah nawi tak)
Erm hari ni jugak aku dah mula sedar yang aku ni rupanya disayangi bukan macam entry aku yang semalam tuh, biasa lah jiwa kacau adekk oi..haha.. After mendapat nasihat-nasihat yang baik dan berkongsi masalah akhir Alhamdulillah tenang jiwa aku nih.. Tenkiu ye sahabat. Biasalah bila dah kena brainwash ni bagus jugak.. clear kan sikit kepala otak yang ada bateria, detol pun mungkin kalah sebab 99% pembasmi kuman.. tapi ini tak, clear tapi bukan shampoo jenama clear ok?? umpama hembusan ayat-ayat yang sangat ohsem, pengalaman dan sedikit pengajaran. Tak salah berkongsi masalahkan? erm so sweet sahabat rupa nih..
Okeyh pesanan aku cuma satu, sebenarnya tak ada siapa yang tak sayang kita, even binatang pun sayang anak dia. Kaw kalau bela landak pun mungkin dia anggap kaw bapak dia. So, jangan nak menghukum diri sendiri, hukum orang lain dengan kelemahan dia dan sebagainya.. Muhasabah diri okeyh?
Lagi satu pesanan aku buat adek-adek, kakak-kakak, abang-abang, mokcik-mokcik, bapak-bapak, nenek-nenek dan atok-atok sekalian sekiranya kita tahu yang kita ni lemah, manusia biasa jangan lah nak menilai orang tuh dari segi fizikal. apa yang kita cakap adalah satu doa. Allah sentiasa bayar cash. antara lambat ataupun cepat.
Buat sahabat-sahabat semua, kamarul sayang korang.. semoga ukhwah kita sentiasa bersemai dan sentiasa ada. :)
Jazaakumullah Khairan Katsiran.
P/s: Nasihat menasihati tu bagus.. sekurang-kurangnya masih ada yang menyayangi kita... :)