Saturday, 3 August 2013

Cemerat Lakedameng in the house

Assalammualaikum..

Lama tak update bebelog usang aku ni.. Rasanya bersawang banyak dah ni, banyak anai-anai dah masuk dalam bebelog aku ni.. Pejam dok pejam, celik dok celik dah sampai bulan Ogos. Huiiyee bulan Raya weyh.. Amacam dah buat preparation ke nak raya ni? Mesti tengah sebok dan membizi kan diri dengan buat list kan.. Aku biasa-biasa je tahun ni. Beli baju raya je. Yang lain unlimited.. haha.. 

Huish dalam dok sebok buat persiapan raya ni, aku nak share dan buat luahan hati sikitlah.. Gaya macam nak meroyan je ni? Tapi rileks, ni cerita biasa-biasa jer.. hehe..

First, Syukur Alhamdulillah akhirnya pernantian untuk aku bekerja di sektor kerajaan dapat. Just badan berkanun je pun.. Tapi serius syukur teramat-amat.. Selepas meroyan dalam setahun, dah masuk 3 kerja aku try untuk tahun ni, yang ke empat ni Alhamdulillah terkena pulak.. 

Sekarang aku still lagi kerja dekat company terengganu tapi aku jaga site dekat Putrajaya, Alah dekat jer dengan masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin atau masjid besi. Kira jiran lah tuh.. Kerja ok, tapi agak penatlah. serius berjemur aku dari pg sampai petang. Yelah walaupun baru je dapat pangkat executive tapi aku buat semua benda. Dari draft-men ke project site, pastu ke executive pulak. Memang kelam kabut sikit lah.. Aku pulak jenis ikut je kan, so tahan maki pun dengar jelah.. Saya kan budak baru.. haha.. tuh ayat untuk aku rasa tak meroyan terlebih-lebih..




 
 "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman.
(Ali-Imraan : 139)


Sebelum ni banyak benda yang berlaku, sekarang aku dah duduk sensorang selepas abang ipar aku berpindah ke rumah lain. Sebab kakak aku dah pindah sini, so aku duduklah sorang. Sunyi?? sunyi tuh memanglah sunyi, siapa yang kata duduk sorang ni tak sunyi? yelah nama pun duduk sorang, kot nak bersembang pulak. sembang dengan dinding bolehlah.. Aku rasa aku tak kisah kalau aku nak cerita dekat bebelog aku, sebabnya ini luahan aku.

Mula-mula sebelum ini, aku beria-ria nak cari housemate baru. Aku dah dapat, serius aku tak tipu aku memang beria-ria kemas rumah, excited teramatlah. Aku panggil dia abang sebab dia tua 2 tahun dari aku, dia baik, cakap pun sopan jer, erm yang paling aku suka perangai dia macam arwah kakak aku. Dia rajin jugak datang rumah aku dulu, sebab dia nak temankan aku atau dia nak outstation so dia duduk rumah aku.. 

Aku pun jenis tak kesah, aku suka orang datang rumah, boleh masak, boleh sembang, bolehlah story the mory kan. Lagipun bila duduk sorang memang dapur aku tak berapa nak berasap. haha.. 

Tunggu punya tunggu, janji bulan mei. Tapi aku paham sebab dia tunggu duit pendahuluan rumah dia yang lama sebelum nak masuk rumah aku. So tukarlah ke bulan Jun.. Erm, aku sedih sebab aku tunggu dan tunggu sampai 06 Jun aku terdetik nak BBM dia. aku jenis direct je tanya. Jawapan yang dia bagi dekat aku sangat kecewa. Aku takpaham sangat-sangat kenapa tak bagitahu awal-awal. Sebelum ni aku tolak dua orang yang nak sewa dengan aku, sebab aku fikir kan keselesaan dia. Sebab rumah aku kecik jer. Aku kan budak flat..

Sebenarnya aku mengharap dia masuk rumah aku, masa tu jugaklah aku down sangat-sangat. Orang yang dekat dengan aku jer tahu macam mana perasaan aku.. Aku bukan jenis yang kuat, tahan sampai hati pun dah bernanah. Kalau nak tahu, aku time tuh memang terdesak nak cari housemate baru, sebabnya aku kekurangan bajet.. Aku rasa Allah uji aku sangat berat. Sampai aku dah tak mampu nak pikul sensorang. Puas aku menangis bagai orang mati bini, puas aku cerita dekat orang yg dekat dengan aku, serius apa segala nasihat masa tuh aku macam tak boleh nak dengar. Hanya Allah je tempat aku mengadu.

Sekarang aku taktau apa motip dia buat dekat aku macam ni, aku tunggu dan tunggu. Makin lama makin jauh. 

Walau macam mana pun dia buat dekat aku, aku tak kisah tapi aku sikit terkilan. Sampai sekarang aku taktahu kenapa dia senyap jer. Kalau dulu, dialah yang beria-ria, sekarang entah kenapa senyap jer. Mungkin dia malu, mungkin juga dia terasa dengan aku atau kemungkinan ada sesuatu yang berlaku yang aku pun tak tahu. Cukuplah sekadar yang aku tahu dia sihat dan sentiasa dalam keadaan yang baik. 

Tak kisahlah dia dah anggap aku ni apa sekali pun, aku tetap macam ini. Mungkin satu masa semuanya akan berubah. Wallah'ualam.. Aku masih respect dia sebagai abang aku walaupun dia bukan abang kandung tapi kita adalah sedara seIslam.. 

Maaf, aku bukan jenis yang ego tak tentu pasal tapi aku jenis simpan. Tapi aku simpan tak lama, sebab aku tahu pemendam bukan yang terbaik. Allah tahu dan DIA mengerti yang terbaik untuk hambanya.

Aku sedar yang aku tak baik mana, terlalu percayakan orang inilah nasibnya. Aku cuba terima apa yang dah terjadi, dan aku sentiasa mendoakan dia dan sesiapa pun. Dalam sujud solatku, doaku, dan semuanya untuk insan-insan yang pernah ada dalam memori kehidupan aku.

Sekarang, perlahan-lahan aku bangkit dari kesedihan itu. Teringat memanglah, tapi nak buat macam mana, aku ni ibarat daun yang gugur, bila ada angin bertiup aku pun terbang..

Mungkin lagu kegemaran deritaku bahagiamu sesuai untuk story ini.. hihik.. :)



 Cukuplah sekadar apa yang ada, bersyukur dan sentiasa mengingati


Pesanan:
  • Dunia ni tak besar, sampai satu masa kalau diizinkan Allah tetap diketemukan.
  • Terima kasih sebab sudi hadir dalam kehidupan ini walaupun sementara, engkau tak ubah seperti arwah kakak ku.. Senyum dan perangaimu seakan-akan sama.
  • Maaf andai tersalah bahasa, dan terlanjur dengan kata-kata dan perbuatan. Yang baik datang dari Allah yang kurang itu dari diri aku..
  • Semoga perjalanan hidup akan lebih mudah selepas ini, dan Allah akan memberi rezeki yang melimpah ruah hendaknya..Amin

 Sebelum mengakhiri bebelog usang ni, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang mengenali, buat Abah, emak, abang-abang, kakak-kakak, my lovely dear, anak-anak buah, serta sahabat handai.. Taklupa kepada family baru.. Ampun maaf sekiranya ada salah dan silap, terkasar bahasa dan pertuturan. Semoga Aidilfitri tahun ini memberi sinar kehidupan yang baik.. Salam Aidilfitri.. :)
*Duit raya tak ada tahun ni..hihihikkkkk


aku cerita bukan sebab nak mengaibkan dan nak mintak perhatian. aku sayang kan persaudaraan, persahabatan dan semuanya.. ini untuk pengajaran.. Sekarang aku tetap tunggu.. peace :)

Saturday, 13 April 2013

H i d u p

Assalammualaikum wbt..

Hye uolls, Selamat bercuti weeked uolls.. Argh malasnya, memandangkan suasana pagi yang sangat sejuk dan dingin mata aku ni pulak macam tak larat jer nak menampung.. gaya macam pakai bulu mata palsu kaw...heheh... Pagi-pagi pulak kena bangun, beli nasi lemak, kuih muih dan hidangkan kepada tetamu..ewah. gaya macam anak dara kan? but aku teruna, gaya membeli mengalahkan mokcik-mokcik yang selalu beli.. kemon la bro, aku kan teruna idaman.. *ada sebarang bantahan?hehe..

Okeyh disebabkan, ramai yang menanya aku mengenai perkembangan terbaharu. So, aku nak share lah dengan uolls2 semua. Sepanjang aku mendiamkan diri sebentar ni, banyak sangat dugaan yang datang. Jatuh, bangun, terduduk, terguling-guling, tersadung, dan ter-ter lah semuanya.. Pengalaman memang mengajar aku.. masa pun turut membantu untuk mengajar erti pahit, manis, masam dan kelat..

Pengalaman tiada gaji selama tiga bulan sangat memeritkan, sampai rasa nak muntah darah dah menunggu. disebabkan dengan kesabaran, keimanan aku still sabar sampai hujung bulan 3 tempoh hari. Banyak dah aku  pergi interview  tapi semuanya menyedihkan :( . tapi itu tak pernah memutuskan semangat aku. thanks kepada keluarga terutama kak teh aku.. dia sentiasa ada bersama, serta kawan-kawan aku.. turut yang disayangi.

Alhamdulillah sampai satu masa aku akhirnya tak putus-putus mendapat tawaran. Sampai sekarang dah susah nak fikir. Poning palo den..! hehe.. Btw, aku dah pilih jalan aku. InshaAllah Allah mempermudahkan segalanya. Tak sangka dengan kesabaran, akhirnya aku dapat jugak.. Thanks Allah..

Tuesday, 12 March 2013

Edcoustic - Muhasabah Cinta dan Cerita

Assalammualaikum wbt..

Salam Satu Malaysia..salam sejahtera..salam talam dua muka dan salam cium tangan ye hadik-hadik..

Okeyh selepas merepek meraban dengan member baek (korek-korek bau) kat pecebook, so tetibe jer dia tunjuk kebakatannya nak jadi salah satu peserta realiti.. Mula nama Kak Ton disebut-sebut.. taulah nama  Kak Ton femes sekarang.. Mana taknya... 

Comel tak Kak Ton....??

Masing-masing jawab: Comel... (Nada rasa macam nak bagi penampar sekilo) angkat tangan letak kat bahu kepala melangut tak turun-turun.. so HipOoooo..


Ok sebenarnya bukan cerita itu yang aku nak cerita untuk entry ni.. aku nak share lagu yang membuatkan aku tertarik. For your information ni kira first time dengar.. hahaha.. Sebab ada yang bagi lagu ni dekat aku. So sangat awesome. credit thanks to my bro yg bagi dekat bbm.. Sekali dgr kena dengan jiwa aku.. bukan jiwa kak ton okeyh!!! 

Disebabkan lagu ni kira aku jatuh cinta aku share dekat siapa-siapa yang sudi lah..

okeyh first nak aku tujukan pada diri aku, kengkawan yang sangat baik, kengkawan yang sama puaka dan memuaka dengan aku dan buat yang teristimewa untuk keluarga Mak abah...kakak abang dan buah hati pengaran jantung serta pada anak-anak buah Paksu yang ohsem.. (Berapa banyak "dan" dan dah macam menang award..) kaw ingat kaw siapa?



 


cuba hayati okeyh lirik-lirik lagu ini, sangat menenangkan jiwa membuatkan jiwa-jiwa tuh bergetar (kaw tengok dah macam cikgu fauziah nawi tak)

Erm hari ni jugak aku dah mula sedar yang aku ni rupanya disayangi bukan macam entry aku yang semalam tuh, biasa lah jiwa kacau adekk oi..haha.. After mendapat nasihat-nasihat yang baik dan berkongsi masalah akhir Alhamdulillah tenang jiwa aku nih.. Tenkiu ye sahabat. Biasalah bila dah kena brainwash ni bagus jugak.. clear kan sikit kepala otak yang ada bateria, detol pun mungkin kalah sebab 99% pembasmi kuman.. tapi ini tak, clear tapi bukan shampoo jenama clear ok?? umpama hembusan ayat-ayat yang sangat ohsem, pengalaman dan sedikit pengajaran. Tak salah berkongsi masalahkan? erm so sweet sahabat rupa nih..

Okeyh pesanan aku cuma satu, sebenarnya tak ada siapa yang tak sayang kita, even binatang pun sayang anak dia. Kaw kalau bela landak pun mungkin dia anggap kaw bapak dia. So, jangan nak menghukum diri sendiri, hukum orang lain dengan kelemahan dia dan sebagainya.. Muhasabah diri okeyh?

Lagi satu pesanan aku buat adek-adek, kakak-kakak, abang-abang, mokcik-mokcik, bapak-bapak, nenek-nenek dan atok-atok sekalian sekiranya kita tahu yang kita ni lemah, manusia biasa jangan lah nak menilai orang tuh dari segi fizikal. apa yang kita cakap adalah satu doa. Allah sentiasa bayar cash. antara lambat ataupun cepat.


Buat sahabat-sahabat semua, kamarul sayang korang.. semoga ukhwah kita sentiasa bersemai dan sentiasa ada. :)

Jazaakumullah Khairan Katsiran.

P/s: Nasihat menasihati tu bagus.. sekurang-kurangnya masih ada yang menyayangi kita... :)

Monday, 11 March 2013

B e r S y u k u r


 Assalammualaikum WBT...

simple word "BERSYUKUR" rasanya hari demi hari aku mula rasa yang aku kena terima hakikat yang masa tu tak boleh nak berundur. Sesiapa pun akan sedih kalau keputusan yang dibuat tu sebenarnya salah. tapi entah, mungkin tu petunjuk bahawa Allah nak uji aku. Mungkin dengan kesilapan yang aku buat akan mematangkan diri aku. Itu saja yang aku dapat fikir buat masa ni.

Aku sangat ketara bila tak ada siap-siapa yang boleh tunjuk aku jalan, beri motivasi, pendapat tapi selepas ramai yang pergi tinggalkan aku sorang-sorang aku dah tak boleh nak bagi keputusan means dalam diri aku ni. Bukan aku tak pernah nak cuba, tapi aku sangat-sangat blur. Siang malam aku sentiasa ingat dan berfikir tanpa henti, erm bila waktu makan pun kekadang selalu buat aku fikir. Sampai bila?



Penat dah berusaha, sampai suatu masa aku angkat tangan seolah-olah aku give up. Bukan aku nak publisiti or ambik perhatian orang tapi aku cuma meluahkan apa yang aku rasa. Seronok bagi aku hanya sementara, bila hari tu seronok hilanglah beban yang aku fikir. Tapi bila habis jer melompat-lompat, terkinje-kinje aku mula sedar yang aku ni sangat stress.






Memang aku seorang yang bising, suka gelak, suka menyanyi, suka menyakat tapi hanya luaran, sebab aku tak nak orang fikir yang aku ni mengada-ngada. I'll just go with the flow and stay happy.

Rasa kosong, sepi, sunyi, itu yang ada..

*memang kalau masa tu berputar kembali kesilapan tu mungkin tak akan ada. Tapi InsyaAllah Allah menjanjikan kebahagian selepas kepahitan yang kita tempuh. Hanya DIA yang aku mampu luahkan segala-galanya..

------------------------------------------------------------------------------------------------

P/S: Aku memang tak pernah nak sempurna, tapi tolong jangan tinggalkan aku.. Mr.K


Wednesday, 6 March 2013

Pangkor dan Bezday boy

Assalammualaikum wbt..

"Happy birthday to me..happy birthday to me...."

Hello!!! bulan mac.. bila usia dah meningkat nih mulalah pening duk pikir masa depan.. Sekarang dah tak macam dulu, apa-apa semua mak abah bagi duit belanja, sekarang time kita pulak yang bagi duit kat dorang. Tahun ni sangat-sangat special sebab kawan-kawan kelas sambut birthday aku. 


Mula-mula tak dirancang pun nak buat semua benda ni, entah macam mana, dorang buat.. terkejut den. masa ni kau jangan cakaplah aku sebak gila-gila kot, tapi aku kawal jer.. sebab anak jantan mana leh tocing depan kengkawan.. Tisu please!!! 


23th

 maaplah gambar tak clear sebabnya masing-masing excited nak makan kek..haha
masa ni dekat pangkor.. telok nipah kau.. 


 K.A.M.I SAHABAT team

 

K.A.M.I SAHABAT selamanya




Sampai bebila aku ingat pertemuan ni..hampir 4 bulan merancang akhirnya terlaksana jugak..

P/s: Kawan yang kita rasa tak suka tuhla kawan yang baik sebenarnya.. sayang korang ketat-ketat..

:: takde idea nak tulis..so bace jela apa yg hado erk.. muahhhh.

Monday, 25 February 2013

D o n E

Assalammualaikum wbt..



#convocation 2011

::handsome habis aku time nih.. dah macam imam muda pun hado..

rasa nak Study lagi lah...:(
taknak kerja



Thursday, 21 February 2013

Learning


Dia tahu apa yang terbaik untuk diri kita.. Bersabarlah wahai DIRI...

p/s: setiap kali kita cuba nak gapai sesuatu pasti ada cabarannya, Allah mengatur kehidupan seseorang itu dengan corak yang bergitu baik, cuma diri kita yang melakonkannya..

Selamat Berpuasa Sunat Khamis :) InsyaAllah segala nafsu akan dikawal dengan baiknya.. InsyaAllah...
 


Tuesday, 19 February 2013

Siapa A K U ?

Assalammualaikum wbt..

Mungkin aku tak se popular Aaron aziz dan mungkin juga aku tak sehebat Datuk fadzilah kamsah untuk berkata-kata dan untuk memberi pendapat yang bernas kepada kamu-kamu semua. aku hanya seorang budak remaja lelaki yang sangat pemendam dan suka bersendirian. Siapa Aku?????



:: Kadang-kadang saat kita sedih, pasti kita mahu bersendirian, kadang-kadang bila kita memendam perasaan sebenarnya sakit. tapi itu adalah Aku..

Thursday, 7 February 2013

Bila hati berkocak lagi

Campak pen...campak pembaris..campak apa yang ada kat depan meja. Sebab? motep? aaaargh rasa nak mandi bunga pulak...erm nak buang, nak buat apa?? bu......buanggg shial?? atau nak bagi badan nih chanteeek? erm ada macam nora danish tak..? kan? argh what ever.. tarik selimut baik tido... 

Sabar....? berapa kali nak kata? Dulu kata aku nih layak jadi penjual nasi lemak? sekarang rasa nak gelar apa? memanglah selagi ada molot, cakap lah kan.. kadang-kadang bila ujian jer dah rasa Give up.. Come on la bro, baru sikit belum banyak lagi.. #sepak laju-laju dan baling selipar dekat kau..

encik kamarul, duit awak dekat bank kan banyak? aik kau check duit aku ker kat atm?? motep kau? nak tunjuk yang kau kaya, duit berjuta-juta..bini ada dua? so what? apa masalah kau? inilah kadang-kadang aku hangin, hello Pak Encik?? cakap baik-baik sikit ok.. 

Apa-apa pun aku tetap sama, senyum sorang-sorang, menyanyi ikut mood masa tuh..kalau ada kamera dah lama aku record dan aku masuk utube.. ok femes!!


 
ambik semua benda dan aku cuba untuk berpikir.. 
kalau Allah dah aturkan hidup aku macam nih, macam nih la..
melainkan kalau kita sentiasa berdoa dan berusaha..

Pekak kan jer telinga, sabar banyak-banyak. tak lari gunung dikejar. Melainkan kalau kita daki gunung tuh naik kapal terbang.. so sampai lah kan.. 



Tak kesahlah kalau nak kata apa pun, jual nasi lemak tepi jalan ker apa ker yang penting duit halal..


hidup kalau berpegang pada agama, memang untung jadinya. kalo hidup berpegang pada kemewahan tapi jadi penindas tak guna jugak. Baik kau jadi gerabak kereta api.. hari-hari aku naik train boleh lalu atas kau..

Thursday, 31 January 2013

Sabah is beatiful

Assalammualaikum WBT.....

Yeahhh...akhirnya aku upload jugak gambar pergi sabah tempoh hari..Walaupun malas nak transfer gambar ke pc or lappy tapi aku gagahkan jugak sebab banyak gambar yang gantang-gantang dari sana..haha...Erm, Percuti selama seminggu dari 16hb Januari sampailah 22hb Januari.. Walaupun banyak cerita dan pergelutan berlaku sebelum pergi, tapi akhirnya dapat jugak menyeberang lautan nun di Sabah...hehe...

bertolak dari LCCT sepang pada pukul 6.30petang dan sampai di landasan Sabahan pada 8.30malam. Sangat ohsem dengan keindahan yang Allah kurnian kan untuk kita. sangat-sangat teruja sampai aku rasa nak datang lagi..hehe..

Okeyh, first sekali lepas kami mendarat di Kota Kinabalu kami dijemput oleh anak angkat mak aku dekat sana. So, kami pun tempahlah hotel bajet berdekatan Philippine Market. Malam tuh jer kami dah melantak macam orang tak pernah jumpa makanan laut..haha.. Dekat sana makanan semuanya dibakar atau orang putih cakap di roaster.. 

First place yang kami pergi keesokkan hari nya ada la Kinabalu Park. Tapi nak pergi sana tuh kena sewa kereta.. aku ambik dua buah kereta Myvi dan Saga FLX.. total Rm260 untuk satu hari.. Nasib baiklah ada penunjuk jalan, iaitu GPS..credit thanks pada beliau..haha...

Erm nikmati gambar yang aku snap2 nih okeyh..Sorry kalau gambar tak bagus sebab guna camera murah jer..hehe...!!

Kinabalu Park with my family ..
Time nih aku nak terjatuh, tapi nasib baik tak jatuh..kalau jatuh spoil mood aku..haha..

abg razman pulak ada a.k.a abg ipar aku..

 masa mendaki Kinabalu Park
(Bayaran untuk dewasa RM3 dan kanak-kanak riang RM1)

Lepas kitaorang dah mendaki Kinabalu Park yang sebenarnya tak habis pun daki sebab jalan terlalu kecik dan masa tuh hujan ya amat lebat tambahan pula kereta myvi yang aku bawak macam tak boleh nak naik jer...hahah...so terpakse lah kami turun...apa-apapun sangat cantik..sebab berkabus..sejukkk..
Lepas je habis mendaki ke Kinabalu Park kami ke Kundasang pulak.. mengambil masa kira-kira 45minit dari Kinabalu Park, dekat kundasang macam pergi negara lain tau. Sebabnya orang sana duduk ditempat gunung-gunung... 

Pergi ke kundasang sebenarnya nak pergi Kundasang War Memorial bertemakan ayat "Lest We Forget" .. Masuk jer kena bayar RM2 bagi dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak riang.. Ingatkan masuk ni macam tak ada apa-apa jer, rupanya sangat bersejarah kau..hehe...

Mari layan gambar-gambar disana...Jommmm..

 Bendera Sabah... 
(ok berdiri semua kita nyanyi lagu sabah..bajet cam tau jer aku nih..hehe.)

 Akhirnya aku sampai jugak...love its...love its..

 With my lovely anak buah..dah sama tinggi dengan Paksu dah..
Nampak sangat aku Bant**....Lalalalala

 Masa untuk bergambar...kemain dorang nih...

 lagi..lagi dan lagi....abg ipar aku nih bukan pandai bergambar...hikhik...

 Sekarang kakak aku pulak masuk..mak aku tukar posisi...kelas kau kak shima..haha..

 Eh macam sama jer gambar nih????confuse adek..haha..

 ingat ok...rumput pun ada perasaan jugak.. Siap buat Peringatan lagi...

 Nih jer yang abg razman mampu buat..haha..
(padahal dia pakse aku snap pic anak beranak dia nih).hehe 

 Rayyan....Paksu dan Mama Rayyan..

 Tak silap aku nih dia ada bagi tahu sejarah dekat Kinabalu War Memorial..
 thanks mak tangkap gambar kami, walaupun gigil...haha

 Australian Garden...Yahoo sampai Australia dah..hehe..

 Masa pemerintahan dorang nih kot...Nak nyanyi lagu apa nih??

 English Garden

 Gerbang masuk ke English Garden..

 Peace uolls..pandai anak buah Paksu nih..Smile..

 Tangkap gambar jer..tapi tak baca pun..haha

 About alls.. love my mum...dad..n my dear sibling..

 Jangan tengok perut aku ok..hehe...

 Borneo Garden

 Qaleesya...Suka menangis ini budak...

 watch Out...

 Peace....or nothing??

 Main berebut tiang ke dik oiii??haha..

Cantekkk
 
 tabik hormat

 habis ayu la nih...

 Update pacebook jap...Instagram sekali..haha.

 Elyn

 Taraaaaa....

 Ni intai anak sape nih??hehe

 Sempat lagi abah dan mak bergambar dengan pelancong Singapore..

Lepas jer habis melawat Kundasang War Memorial kitaorang pun beredar pergi ke KK balik.. Sebelum tuh dalam masa Perjalanan sempat melawat rumah Terbalik.. tp sayang kami tak masuk sebab nak masuk ke bayar RM10.. Lagipun dah petang badab pun sangat letih..

 Jadilah dapat tengok nih?haha

Lepas seharian penat berjalan ke Kota Kinabalu.. Keesokkan harinya Kami ke Kudat pulak. Mengambil masa 2jam setengah, tapi kami naik Van pulak.. tambang setiap seorang RM25.. Sangat best sebab dah macam naik kuda..haha.. Jalan ke Kudat masa tuh dalam pembaikian..So moh terokai Kudat Pulak...

Maaf yer gambar nak ke kudat tak ada..so aku ambik gambar aku dekat Instagram ajer..
So inilah kami..bapak aku duk sebelah driver..

Lepas jer sampai kudat kami pun menginaplah dekat hotel sana, badan pun sangat letih so sehari tuh just lepak kat bilik jer.. sebab malam tuh final maharajalawak mega..haha..Siap bawak kad astro lagi..kelas kan??hahah.. thanks pada abg Ipar aku...hehe..

So pada keesokan harinya kami pergi ke Mengayau pulak... Ni kalau dekat peta negeri sabah dia adalah daerah yang terakhir..seberang laut sana Negara Philippine.. Sana sewa van RM80 pergi balik.. Seriously angin dekat sana sangat kuat.. Memang syokk gila lah..rasa tak nak balik..hilanglah stress yang berada dekat minda nih..hehe..so apa lagi ambik kemera so kita snap lah.. siapa-siapa nak pergi sabah jangan lupa pergi mengayau..serius best gila..haha...

 
 the best in my life..

 Maybe mercu tanda Kat mengayau nih kot..haha..
The Tip Of Borneo

 angin sangat kuat..budak-budak pun rancak lah menangisnya..haha.

 Nak jadi model photographer katenya kalau tak jadi doktor..haha

 ni hasil photoshoot dari air tangan anak buah aku..hehe..
thanks my ontell a.k.a elyn..

 Ohsem tak??haha

 Dah macam apa jer rambut aku nih..haha..

 Pakwe call erk..hahah..

 Yehaaa....

 mimpi sampai ke Mengayau..

 Gedik..weeekkkk

 kenapa dengan abah aku nih??haha
 My kakak..i love u kak chik..

 Caaaakkkkk

 hamboiiiii....cam nak cucuk langit jer...

 Saya sayang mengayau..nak bawak balik boleh??haha

cucu dan atuk...dorang sangat rapat..

Lepas habis pergi ke The Tip Of Borneo kat Mengayau nih kami singgah ker rumah anak angkat mak aku..Sangat-sangat seronok jumpa mereka..Alhamdulillah layanan dorang sangat baik tambahan pula dapat makanan yang sangat fresh..sedaaappp oooo...

Semoga berjumpa kalian lagi..InsyaAllah one day..miss this moment..

Nizam dan family..Kudat..

Lepas jer habis jer semua kami pun siap-siap mahu pulang ker Kota Kinabalu.. So lepas tuh mahu balik ke semenanjung... Serius mula-mula macam tak nak pergi Sabah, tapi bila dah pergi sangat best. Orang dekat sana sangat friendly..

Alhamdulillah akhirnya perjalanan kami sangat sempurna, kini kami menjalankan tugas harian seperti biasa.. thanks Allah sebab bagi keizinan kepada kedua ibu bapa aku dapat melawat bersama-sama, walaupun mereka dah tak bersama..Kadang-kadang dalam kepahitan yang berlaku tak semestinya tak dapat berbincang walaupun keadaannya sudah berbeza..Yukran...

thanks kepada yang mendoakan kami semua..hehe... 

P/s: hari nih 31hb Januari penutup untuk bulan ini..So semalam Birthday kawan lama..(sempat lagi nak wish nih...) "Happy Belated Birthday friend, May Allah bless you always.." tak sempat nak wish dekat fb so kat blog aku lah aku wish..hehe..(yeker tak sempat)hikhikhik..

Berakhir sudah perjalanan kami disabah...semoga berjumpa lagi...semoga kalian semua cepat-cepat jeles ok tengok gambar aku..hahaha..maaf kalau olahan ayat cerita ni tak best sebab aku takpandai ngolah..hahaha....oklah penat dah menaip, sebenarnya banyak lagi gambar tapi malas nak tunjuk kang bertambah jeles kawan-kawan aku..hehe..ok babai...
Wasalam...peace yoooo (malasnya nak buat kerja nak benti boleh??)