Aku pun sayang mak aku, tak terungkap sekiranya dia pergi. Pasti sedihkan?? itulah yang terjadi pada anak buah aku setelah pemergian kakak aku. Meninggalkan anak yang masih kecil yang mungkin tak mengerti apa-apa, namun kita sebagai orang yang lebih dewasa harus memandang mereka dengan lebih lagi..(start rasa nak nangis dah).. Bila memandang anak buah aku ini rasa sedih dan nak nangis, tapi aku cuma simpan jer. Siapa yang nak bagi kasih sayang ibu terhadap mereka?? Mungkin ayah akan memberi yang terbaik dan sentiasa menjadi Ibu, ayah serta insan yang sangat rapat buat mereka. Sebagai bapak saudara merangkap paksu, aku hanya dapat mendoakan mereka agar diberi pelindungan dan hanya kasih sayang yang mencukupi walaupun tidak setanding kasih sayang ibu.
Emak adalah gelaran yang dipanggil oleh aku dan adik beradik yang lain kepada emak aku. Beliau insan yang sangat baik dan tak pernah jemu memberi kasih sayangnya kepada kami, walaupun kami semua sudah dewasa dan sudah mendirikan rumahtangga. Banyak rintangan dan dugaan yang menimpa kepada emak aku, namun beliau sentiasa tabah untuk menghadapi dugaan ini. mungkin kalau kita sebagai anak akan melatah, tapi ibu mungkin tidak. Ingat syurga itu ditelapak kaki ibu. tak cium bau syurga kalau kita menderhakai mereka. tak kiralah kita ni anak sendiri atau pun menantu. Remember that!!!
No comments:
Post a Comment