Tuesday, 24 January 2012

4 Days

Argh esok adalah hari terakhir untuk aku berehat, setelah cuti beberapa hari.. cuti ini aku tak balik kampung, gara-gara ekonomi yang merundum teruk. Haiyaaa...manyak susahlah.. Okeyhla, disebabkan aku busan malam nih.. meh aku story sket perjalanan aku bercuti dah empat hari ini.

HARI PERTAMA:
-Allahuakbar...allahuakbar..........lar dah pukul 1.24 petang..azan pun dahh berkumandang..Aku jer baru nak bangun rupanya..haha..Maybe penat bekerja tuh..haha..Nampakkan? aku ni kuat bekerja...sampaikan bangun pun lambat..Ni agak-agak kalau dah berkahwin mau kena rembat ngan penyapu..lepas je aku bangun aku pun g la mandi and siap semua...Pastu makan..makan pulak tak ingat banyak lak..haha...agak-agak berat badan aku naik tak??ish3!!!! Pas je makan terus aku pergi ampang..rumah uncle aku...saja melawat, samada sihat ke dak..hehe...!! Baguskan anak buah cam aku nih???bertuah siapa dapat..lalalalalala.....****


HARI KEDUA:
-Hari kedua penuh dramatik, tau sebab apa??sebabnya aku bangun lambat lagi..haha..Eh aku tak sengaja ok..bukan selalu..Lepas je subuh aku pun pe lagi, tarik selimutlah...Aku sekarang bukan main malas lagi, semua benda nak buat pun berat punggunglah.. Kalau boleh nak je ada robot buatkan semua benda. sepanjang hari aku duk rumah jela..Akukan suka duk rumah.. rumah adalah segala-galanya..hahaha...

HARI KETIGA:
-Hello aku bangun awal okeyh...Pukul 6.30 pg aku bangun tau. terus je bukak tv..tapi mata still tak boleh nak control..haha..control macho pun dah tak boleh tau..hari ketiga ni hari bosan sedunia....Bosan+++++.......Finish...

HARI KEEMPAT:
-duduk rumah...100%....

_Motif: aku tak tau nak buat apa..tak sabar nak balik kampung..>SEKIAN....BOSAN...lalalala

Monday, 23 January 2012

I Love Mom






Ibu, Mak, Mama, Ummi, mami atau apa-apa panggilan sekali pun terhadap orang yang melahirkan kita didunia ni, mereka ini adalah insan yang paling mulia. banyak pengorbanan mereka terhadap insan yang bernama anak. orang kata biar mati ayah dari mati emak. Sebab emak ini ada sifat yang sangat lembut dan memahami. One more thing, emak ini sangat memahami anak-anak. Jika perginya seseorang insan yang bernama ibu, kita pasti sunyikan? Alangkah sedihnya sekiranya anak-anak masih kecil dan ibu mereka pula pergi. tak dapat diungkapkan dengan kata-kata. apakah yang mereka fikirkan?? Aku pun terfikir, ini adalah pengalaman yang telah pun berlaku. Erm sedih bila melihatnya.

Aku pun sayang mak aku, tak terungkap sekiranya dia pergi. Pasti sedihkan?? itulah yang terjadi pada anak buah aku setelah pemergian kakak aku. Meninggalkan anak yang masih kecil yang mungkin tak mengerti apa-apa, namun kita sebagai orang yang lebih dewasa harus memandang mereka dengan lebih lagi..(start rasa nak nangis dah).. Bila memandang anak buah aku ini rasa sedih dan nak nangis, tapi aku cuma simpan jer. Siapa yang nak bagi kasih sayang ibu terhadap mereka?? Mungkin ayah akan memberi yang terbaik dan sentiasa menjadi Ibu, ayah serta insan yang sangat rapat buat mereka. Sebagai bapak saudara merangkap paksu, aku hanya dapat mendoakan mereka agar diberi pelindungan dan hanya kasih sayang yang mencukupi walaupun tidak setanding kasih sayang ibu.

Emak adalah gelaran yang dipanggil oleh aku dan adik beradik yang lain kepada emak aku. Beliau insan yang sangat baik dan tak pernah jemu memberi kasih sayangnya kepada kami, walaupun kami semua sudah dewasa dan sudah mendirikan rumahtangga. Banyak rintangan dan dugaan yang menimpa kepada emak aku, namun beliau sentiasa tabah untuk menghadapi dugaan ini. mungkin kalau kita sebagai anak akan melatah, tapi ibu mungkin tidak. Ingat syurga itu ditelapak kaki ibu. tak cium bau syurga kalau kita menderhakai mereka. tak kiralah kita ni anak sendiri atau pun menantu. Remember that!!!


Thursday, 19 January 2012

Tempoyak vs Pekasam

Yehaaa..for today aku nak story about reality show.. Kisah ini mengenai tempoyak dan pekasam. tau tak tempoyak tu apa?? and pekasam tu pulak apa?? tempoyak dan pekasam nih orang perak jer terer buat.. haha...Ok intro dia aku memperkenalkan apa itu tempoyak? tempoyak tuh diperbuat dari isi durian yang diperap dalam bekas and letak dalam peti ais..wat sambal tempoyak pun sodap tau.. tak pun masak lemak tempoyak..Peeeh masyuk kot...sampai menjilat ibu jari uolz..haha..ok perkasam lak, kalau belah-belah utara memang femes la. ikan yang diperap bersama beras goreng yang ditumbuh dan bubuh garam sikit.. suka hatilah nak perap barapa lama, lagi lama lagi sedap..huhu...

Ok lepas aku dah intro pasal tempoyak dan pekasam ni, aku nak cerita mengenai TEMPOYAK dan PEKASAM. cerita ini realiti tau, cuma ini adalah nama samaran. sebab apa nama samaran ni berlaku? sebabnya yang tempoyak ni suka makan tempoyak bila makan. kalau makan jer mesti ada tempoyak.. kalau tak ada mesti tak lengkap dalam hidup dia. Ha, pasal pekasam ni pulak nama yang dia dapat ni sebab dia menjual pekasam kat office dia.. Alkisah terjadi mula-mulanya macamni..

One day, ada satu gegirl ni masuk office hanta barang, tiba-tiba jejaka yang agak kacak, putih dan lemah lembut bila bebicara ini terpadanglah girl ni. Tiba-tiba je hati jejaka ni terpaut pada girl ini. hati dia berdebar-debar bila melihat girl ini. macam tak tentu arah.. kira macam lagu hindustan lah..macam shah rukh khan kejar kajol.. okeyh..straight to the ampang point la erk, pas kejadian tuh, jejaka ini bila lalu pergi mana-mana mesti terserempak dengan girl nih. tak kira lah pergi mana pun mesti terserempak. Jodoh ker?? tak mungkin...tak mungkin..haha..

selepas dua minggu benda ni kerap terjadi dan jejaka ni sebenarnya tak tau nama girl ni siapa mula-mulanya. Jejaka ini cuba memerhatikan girl ini, dan tiba-tiba jejaka ni nampak lah girl ni suka makan something. duk intai-intai rupanya tempoyak yang dia ambil. sampai now kekal nama dia tempoyak.. tapi agak-agak pekasam ni ada hati ke pada tempoyak? atau just nak kawan jer?? Kalau nak tahu pekasam ini pemalu orangnya..haha...

tapi sekarang tempoyak tuh dah pandai bergaya, walaupun kasar berbanding pekasam tapi sifat girl dia masih ada..jalan pun agak gangster tau,tapi kalau bawak motor alamak slownya..haha..

yang penting ini bukan kisah aku..kisah orang lain..aku share jer..eceh...

to be continue ok kisah tempoyak and perkasam ni..sebab idea aku terbantut..hahah..pupai..

Monday, 16 January 2012

Life

Haluu...aduhai lama lak aku tak update blog nih..Yela gara-gara tak ada kemudahan la.. Biasalah ekonomi merundum.. Okeyh disebabkan aku dah lama tak menyekema kan hasil karangan aku nih, aku nak cerita benda yang terjadi pada aku. Al-kisahnya bermula macam ni..

Cerita pertama:
-Benda ni terjadi beberapa bulan yang lepas, agak pressure jugaklah aku disebabkan benda ni. Sebab benda ni jugaklah kepala aku kerap berfikir. kadang-kadang sampai nak pecah kepala otak aku. Panadol pun bape banyak aku telan. yela mana taknya, semua dok tanya aku kenapa? kenapa? kenapa? susah aku nak explain. Anyway benda ni terjadi aku pun tak tau apa puncanya, mungkin silap aku atau sebaliknya. Tipula kalau aku tak sedih, sampai menitik jugaklah air mata jantan aku. gara-gara duk fikir. Bila aku fikir tak salah berbakti pada orang, manalah tau kelak dia pulak membantu. Ermmm...nampaknya itu hanya mimpi..semuanya gelap umpama awan yang mendung..Until now, aku still berfikir and sedih.. susah Oooo... rindu pun ada.. Tapi aku tak boleh nak buat apalah..just doakan je. itu yang terbaik.. Biarlah orang nak kata apa pun dekat aku, aku tak kisah, selagi aku mampu pendam aku pendam.

Cerita Kedua:
-Entah kenapa kan aku dah tak semangat nak kerja. rasa nak lari jer dari buat benda ni. Dulu memang best tapi sekarang dah tak ada hati dah. semua benda aku buat semua tak menjadi.. Aku ni asik kena marah jer, padahal aku just menggantikan tempat orang. bila dah urgent barulah panggil aku. lagi satu bos aku tak pernah nak ajar aku...dia tau mengarah jer..juz cakap then suruh aku buat, kalau macam tuh susahlah...memanglah aku baru berkhidmat tapi ajarlah aku.. sedih Ooooo...tolonglah jangan buat aku, aku ni mangsa keadaan je kerjanya.

Cerita ketiga:
-Aku sekarang kerap sangat sakit kepala and perut mudah masuk angin. entahlah, aku memang pressure la sekarang. Serius aku tak ada kawan, dulu mungkin ada tapi sekarang semua dah pergi. cuma kawan jauh jer ada. kawan baik aku zaman sekolah and insan special aku. yang dulu dekat kini dah tak ada. Nih sakit kepala aku makin kerap, memang tak terkawal lah. bila datang jer, Peeeeh sakit gilew.. Allah jer tau rasanya.

Cerita seterusnya:
-Aku kini dah duduk sorang, abang aku dah berpindah kenegeri asal aku. dapat tukar and berkhidmat disana. nampaknya lagi bosanlah aku. tak ada teman nak nyembang and gaduh. memang nasib aku macam ni lah. sedihnya.. Bila duduk sorang nih macam-macam lak yang aku fikir. memang bertambah sakit kepala la aku nih. macam mana lah kehidupan aku akan datangkan?? Hanya tunggu jela..


Aku dah tak mampu nak teruskan hidup macam nih..So nak buat apa lagi???