Kini oktober akan berlalu, banyak liku yang berlaku dibulan ini. ada saat gembira dan saat duka. kegembiraan hanya dapat dikongsi bersama keluarga dan sahabat-sahabat yang ku kenal diwaktu pengajian. Kini saat gembira itu sudah pun pudar dalam ingatan. mungkin hanya sedikit cebisan kenangan disitu. entah kenapa aku sangat sedih dan bercelaru, aku kini bersendirian. tiada tempat bertanya dan berkongsi masalah. mungkin ini takdir aku, kehilangan adalah perkara biasa dan lumrah hidup aku. seorang demi seorang sudah pun meninggalkan aku. tidak siapa yang tahu apa yang terbuku dihati, hanya memendam perasaan yang mungkin menjadi tabiat lama ku.
kehilangan??? 16hb,17hb & 18hb..adalah titik noktah yang amat pedih aku jalani. tidak perlu mengatakan 2 tarikh itu 16hb & 17hb. kerana aku tidak mampu untuk meluahkannya, hanya sedih dan sentiasa berfikir.. 18hb adalah bersamaan dengan hari Selasa, kehilangan sahabat baik buat selama-lamanya membuatkan aku merasakan kehilangan semangat aku. kerana beliau adalah tunjang untuk memberi semangat dan pendapat pada aku. banyak benda yang aku luahkan dan arwah sentiasa menjadi peneman. aku sangat rindukan dia. banyak kata-kata yang sentiasa aku ingatkan " Jangan hidup dibawah tapak kaki, tapi biarlah kita diatas kaki"..dan aku sentiasa ingat pesan dia.. memang aku tak sangka, saat beliau menghembuskan nafas terakhir aku adalah insan yang ada disisinya. itulah rezeki yang diberi oleh Pencipta, dari dia kita datang, dari dia jugalah kita kembali.. sebelum arwah pergi meninggalkan aku dan semua, sempat lagi dia tersenyum dan mengatakan sesuatu hajat. namun aku tidak dapat menunaikannya. kerana aku takut untuk memberitahu. Buat Arwah Muhammad Aiman Fitratul'llah Bin Noor Azmi, aku mendokan kesejahteraanmu disana. Kini aku tiada tempat untuk mengadu. i'm miss u so much friend.. :(
Tiada gambar untuk dijadikan kenangan kerana dia seorang yang tidak suka bergambar, namun beliau sangat istimewa.
kini siapa lagi yang bakal meninggalkan aku??
aku kan ade.... =)
ReplyDeleteke dah lupe aku?