Saturday, 3 August 2013

Cemerat Lakedameng in the house

Assalammualaikum..

Lama tak update bebelog usang aku ni.. Rasanya bersawang banyak dah ni, banyak anai-anai dah masuk dalam bebelog aku ni.. Pejam dok pejam, celik dok celik dah sampai bulan Ogos. Huiiyee bulan Raya weyh.. Amacam dah buat preparation ke nak raya ni? Mesti tengah sebok dan membizi kan diri dengan buat list kan.. Aku biasa-biasa je tahun ni. Beli baju raya je. Yang lain unlimited.. haha.. 

Huish dalam dok sebok buat persiapan raya ni, aku nak share dan buat luahan hati sikitlah.. Gaya macam nak meroyan je ni? Tapi rileks, ni cerita biasa-biasa jer.. hehe..

First, Syukur Alhamdulillah akhirnya pernantian untuk aku bekerja di sektor kerajaan dapat. Just badan berkanun je pun.. Tapi serius syukur teramat-amat.. Selepas meroyan dalam setahun, dah masuk 3 kerja aku try untuk tahun ni, yang ke empat ni Alhamdulillah terkena pulak.. 

Sekarang aku still lagi kerja dekat company terengganu tapi aku jaga site dekat Putrajaya, Alah dekat jer dengan masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin atau masjid besi. Kira jiran lah tuh.. Kerja ok, tapi agak penatlah. serius berjemur aku dari pg sampai petang. Yelah walaupun baru je dapat pangkat executive tapi aku buat semua benda. Dari draft-men ke project site, pastu ke executive pulak. Memang kelam kabut sikit lah.. Aku pulak jenis ikut je kan, so tahan maki pun dengar jelah.. Saya kan budak baru.. haha.. tuh ayat untuk aku rasa tak meroyan terlebih-lebih..




 
 "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman.
(Ali-Imraan : 139)


Sebelum ni banyak benda yang berlaku, sekarang aku dah duduk sensorang selepas abang ipar aku berpindah ke rumah lain. Sebab kakak aku dah pindah sini, so aku duduklah sorang. Sunyi?? sunyi tuh memanglah sunyi, siapa yang kata duduk sorang ni tak sunyi? yelah nama pun duduk sorang, kot nak bersembang pulak. sembang dengan dinding bolehlah.. Aku rasa aku tak kisah kalau aku nak cerita dekat bebelog aku, sebabnya ini luahan aku.

Mula-mula sebelum ini, aku beria-ria nak cari housemate baru. Aku dah dapat, serius aku tak tipu aku memang beria-ria kemas rumah, excited teramatlah. Aku panggil dia abang sebab dia tua 2 tahun dari aku, dia baik, cakap pun sopan jer, erm yang paling aku suka perangai dia macam arwah kakak aku. Dia rajin jugak datang rumah aku dulu, sebab dia nak temankan aku atau dia nak outstation so dia duduk rumah aku.. 

Aku pun jenis tak kesah, aku suka orang datang rumah, boleh masak, boleh sembang, bolehlah story the mory kan. Lagipun bila duduk sorang memang dapur aku tak berapa nak berasap. haha.. 

Tunggu punya tunggu, janji bulan mei. Tapi aku paham sebab dia tunggu duit pendahuluan rumah dia yang lama sebelum nak masuk rumah aku. So tukarlah ke bulan Jun.. Erm, aku sedih sebab aku tunggu dan tunggu sampai 06 Jun aku terdetik nak BBM dia. aku jenis direct je tanya. Jawapan yang dia bagi dekat aku sangat kecewa. Aku takpaham sangat-sangat kenapa tak bagitahu awal-awal. Sebelum ni aku tolak dua orang yang nak sewa dengan aku, sebab aku fikir kan keselesaan dia. Sebab rumah aku kecik jer. Aku kan budak flat..

Sebenarnya aku mengharap dia masuk rumah aku, masa tu jugaklah aku down sangat-sangat. Orang yang dekat dengan aku jer tahu macam mana perasaan aku.. Aku bukan jenis yang kuat, tahan sampai hati pun dah bernanah. Kalau nak tahu, aku time tuh memang terdesak nak cari housemate baru, sebabnya aku kekurangan bajet.. Aku rasa Allah uji aku sangat berat. Sampai aku dah tak mampu nak pikul sensorang. Puas aku menangis bagai orang mati bini, puas aku cerita dekat orang yg dekat dengan aku, serius apa segala nasihat masa tuh aku macam tak boleh nak dengar. Hanya Allah je tempat aku mengadu.

Sekarang aku taktau apa motip dia buat dekat aku macam ni, aku tunggu dan tunggu. Makin lama makin jauh. 

Walau macam mana pun dia buat dekat aku, aku tak kisah tapi aku sikit terkilan. Sampai sekarang aku taktahu kenapa dia senyap jer. Kalau dulu, dialah yang beria-ria, sekarang entah kenapa senyap jer. Mungkin dia malu, mungkin juga dia terasa dengan aku atau kemungkinan ada sesuatu yang berlaku yang aku pun tak tahu. Cukuplah sekadar yang aku tahu dia sihat dan sentiasa dalam keadaan yang baik. 

Tak kisahlah dia dah anggap aku ni apa sekali pun, aku tetap macam ini. Mungkin satu masa semuanya akan berubah. Wallah'ualam.. Aku masih respect dia sebagai abang aku walaupun dia bukan abang kandung tapi kita adalah sedara seIslam.. 

Maaf, aku bukan jenis yang ego tak tentu pasal tapi aku jenis simpan. Tapi aku simpan tak lama, sebab aku tahu pemendam bukan yang terbaik. Allah tahu dan DIA mengerti yang terbaik untuk hambanya.

Aku sedar yang aku tak baik mana, terlalu percayakan orang inilah nasibnya. Aku cuba terima apa yang dah terjadi, dan aku sentiasa mendoakan dia dan sesiapa pun. Dalam sujud solatku, doaku, dan semuanya untuk insan-insan yang pernah ada dalam memori kehidupan aku.

Sekarang, perlahan-lahan aku bangkit dari kesedihan itu. Teringat memanglah, tapi nak buat macam mana, aku ni ibarat daun yang gugur, bila ada angin bertiup aku pun terbang..

Mungkin lagu kegemaran deritaku bahagiamu sesuai untuk story ini.. hihik.. :)



 Cukuplah sekadar apa yang ada, bersyukur dan sentiasa mengingati


Pesanan:
  • Dunia ni tak besar, sampai satu masa kalau diizinkan Allah tetap diketemukan.
  • Terima kasih sebab sudi hadir dalam kehidupan ini walaupun sementara, engkau tak ubah seperti arwah kakak ku.. Senyum dan perangaimu seakan-akan sama.
  • Maaf andai tersalah bahasa, dan terlanjur dengan kata-kata dan perbuatan. Yang baik datang dari Allah yang kurang itu dari diri aku..
  • Semoga perjalanan hidup akan lebih mudah selepas ini, dan Allah akan memberi rezeki yang melimpah ruah hendaknya..Amin

 Sebelum mengakhiri bebelog usang ni, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang mengenali, buat Abah, emak, abang-abang, kakak-kakak, my lovely dear, anak-anak buah, serta sahabat handai.. Taklupa kepada family baru.. Ampun maaf sekiranya ada salah dan silap, terkasar bahasa dan pertuturan. Semoga Aidilfitri tahun ini memberi sinar kehidupan yang baik.. Salam Aidilfitri.. :)
*Duit raya tak ada tahun ni..hihihikkkkk


aku cerita bukan sebab nak mengaibkan dan nak mintak perhatian. aku sayang kan persaudaraan, persahabatan dan semuanya.. ini untuk pengajaran.. Sekarang aku tetap tunggu.. peace :)

Saturday, 13 April 2013

H i d u p

Assalammualaikum wbt..

Hye uolls, Selamat bercuti weeked uolls.. Argh malasnya, memandangkan suasana pagi yang sangat sejuk dan dingin mata aku ni pulak macam tak larat jer nak menampung.. gaya macam pakai bulu mata palsu kaw...heheh... Pagi-pagi pulak kena bangun, beli nasi lemak, kuih muih dan hidangkan kepada tetamu..ewah. gaya macam anak dara kan? but aku teruna, gaya membeli mengalahkan mokcik-mokcik yang selalu beli.. kemon la bro, aku kan teruna idaman.. *ada sebarang bantahan?hehe..

Okeyh disebabkan, ramai yang menanya aku mengenai perkembangan terbaharu. So, aku nak share lah dengan uolls2 semua. Sepanjang aku mendiamkan diri sebentar ni, banyak sangat dugaan yang datang. Jatuh, bangun, terduduk, terguling-guling, tersadung, dan ter-ter lah semuanya.. Pengalaman memang mengajar aku.. masa pun turut membantu untuk mengajar erti pahit, manis, masam dan kelat..

Pengalaman tiada gaji selama tiga bulan sangat memeritkan, sampai rasa nak muntah darah dah menunggu. disebabkan dengan kesabaran, keimanan aku still sabar sampai hujung bulan 3 tempoh hari. Banyak dah aku  pergi interview  tapi semuanya menyedihkan :( . tapi itu tak pernah memutuskan semangat aku. thanks kepada keluarga terutama kak teh aku.. dia sentiasa ada bersama, serta kawan-kawan aku.. turut yang disayangi.

Alhamdulillah sampai satu masa aku akhirnya tak putus-putus mendapat tawaran. Sampai sekarang dah susah nak fikir. Poning palo den..! hehe.. Btw, aku dah pilih jalan aku. InshaAllah Allah mempermudahkan segalanya. Tak sangka dengan kesabaran, akhirnya aku dapat jugak.. Thanks Allah..

Tuesday, 12 March 2013

Edcoustic - Muhasabah Cinta dan Cerita

Assalammualaikum wbt..

Salam Satu Malaysia..salam sejahtera..salam talam dua muka dan salam cium tangan ye hadik-hadik..

Okeyh selepas merepek meraban dengan member baek (korek-korek bau) kat pecebook, so tetibe jer dia tunjuk kebakatannya nak jadi salah satu peserta realiti.. Mula nama Kak Ton disebut-sebut.. taulah nama  Kak Ton femes sekarang.. Mana taknya... 

Comel tak Kak Ton....??

Masing-masing jawab: Comel... (Nada rasa macam nak bagi penampar sekilo) angkat tangan letak kat bahu kepala melangut tak turun-turun.. so HipOoooo..


Ok sebenarnya bukan cerita itu yang aku nak cerita untuk entry ni.. aku nak share lagu yang membuatkan aku tertarik. For your information ni kira first time dengar.. hahaha.. Sebab ada yang bagi lagu ni dekat aku. So sangat awesome. credit thanks to my bro yg bagi dekat bbm.. Sekali dgr kena dengan jiwa aku.. bukan jiwa kak ton okeyh!!! 

Disebabkan lagu ni kira aku jatuh cinta aku share dekat siapa-siapa yang sudi lah..

okeyh first nak aku tujukan pada diri aku, kengkawan yang sangat baik, kengkawan yang sama puaka dan memuaka dengan aku dan buat yang teristimewa untuk keluarga Mak abah...kakak abang dan buah hati pengaran jantung serta pada anak-anak buah Paksu yang ohsem.. (Berapa banyak "dan" dan dah macam menang award..) kaw ingat kaw siapa?



 


cuba hayati okeyh lirik-lirik lagu ini, sangat menenangkan jiwa membuatkan jiwa-jiwa tuh bergetar (kaw tengok dah macam cikgu fauziah nawi tak)

Erm hari ni jugak aku dah mula sedar yang aku ni rupanya disayangi bukan macam entry aku yang semalam tuh, biasa lah jiwa kacau adekk oi..haha.. After mendapat nasihat-nasihat yang baik dan berkongsi masalah akhir Alhamdulillah tenang jiwa aku nih.. Tenkiu ye sahabat. Biasalah bila dah kena brainwash ni bagus jugak.. clear kan sikit kepala otak yang ada bateria, detol pun mungkin kalah sebab 99% pembasmi kuman.. tapi ini tak, clear tapi bukan shampoo jenama clear ok?? umpama hembusan ayat-ayat yang sangat ohsem, pengalaman dan sedikit pengajaran. Tak salah berkongsi masalahkan? erm so sweet sahabat rupa nih..

Okeyh pesanan aku cuma satu, sebenarnya tak ada siapa yang tak sayang kita, even binatang pun sayang anak dia. Kaw kalau bela landak pun mungkin dia anggap kaw bapak dia. So, jangan nak menghukum diri sendiri, hukum orang lain dengan kelemahan dia dan sebagainya.. Muhasabah diri okeyh?

Lagi satu pesanan aku buat adek-adek, kakak-kakak, abang-abang, mokcik-mokcik, bapak-bapak, nenek-nenek dan atok-atok sekalian sekiranya kita tahu yang kita ni lemah, manusia biasa jangan lah nak menilai orang tuh dari segi fizikal. apa yang kita cakap adalah satu doa. Allah sentiasa bayar cash. antara lambat ataupun cepat.


Buat sahabat-sahabat semua, kamarul sayang korang.. semoga ukhwah kita sentiasa bersemai dan sentiasa ada. :)

Jazaakumullah Khairan Katsiran.

P/s: Nasihat menasihati tu bagus.. sekurang-kurangnya masih ada yang menyayangi kita... :)

Monday, 11 March 2013

B e r S y u k u r


 Assalammualaikum WBT...

simple word "BERSYUKUR" rasanya hari demi hari aku mula rasa yang aku kena terima hakikat yang masa tu tak boleh nak berundur. Sesiapa pun akan sedih kalau keputusan yang dibuat tu sebenarnya salah. tapi entah, mungkin tu petunjuk bahawa Allah nak uji aku. Mungkin dengan kesilapan yang aku buat akan mematangkan diri aku. Itu saja yang aku dapat fikir buat masa ni.

Aku sangat ketara bila tak ada siap-siapa yang boleh tunjuk aku jalan, beri motivasi, pendapat tapi selepas ramai yang pergi tinggalkan aku sorang-sorang aku dah tak boleh nak bagi keputusan means dalam diri aku ni. Bukan aku tak pernah nak cuba, tapi aku sangat-sangat blur. Siang malam aku sentiasa ingat dan berfikir tanpa henti, erm bila waktu makan pun kekadang selalu buat aku fikir. Sampai bila?



Penat dah berusaha, sampai suatu masa aku angkat tangan seolah-olah aku give up. Bukan aku nak publisiti or ambik perhatian orang tapi aku cuma meluahkan apa yang aku rasa. Seronok bagi aku hanya sementara, bila hari tu seronok hilanglah beban yang aku fikir. Tapi bila habis jer melompat-lompat, terkinje-kinje aku mula sedar yang aku ni sangat stress.






Memang aku seorang yang bising, suka gelak, suka menyanyi, suka menyakat tapi hanya luaran, sebab aku tak nak orang fikir yang aku ni mengada-ngada. I'll just go with the flow and stay happy.

Rasa kosong, sepi, sunyi, itu yang ada..

*memang kalau masa tu berputar kembali kesilapan tu mungkin tak akan ada. Tapi InsyaAllah Allah menjanjikan kebahagian selepas kepahitan yang kita tempuh. Hanya DIA yang aku mampu luahkan segala-galanya..

------------------------------------------------------------------------------------------------

P/S: Aku memang tak pernah nak sempurna, tapi tolong jangan tinggalkan aku.. Mr.K


Wednesday, 6 March 2013

Pangkor dan Bezday boy

Assalammualaikum wbt..

"Happy birthday to me..happy birthday to me...."

Hello!!! bulan mac.. bila usia dah meningkat nih mulalah pening duk pikir masa depan.. Sekarang dah tak macam dulu, apa-apa semua mak abah bagi duit belanja, sekarang time kita pulak yang bagi duit kat dorang. Tahun ni sangat-sangat special sebab kawan-kawan kelas sambut birthday aku. 


Mula-mula tak dirancang pun nak buat semua benda ni, entah macam mana, dorang buat.. terkejut den. masa ni kau jangan cakaplah aku sebak gila-gila kot, tapi aku kawal jer.. sebab anak jantan mana leh tocing depan kengkawan.. Tisu please!!! 


23th

 maaplah gambar tak clear sebabnya masing-masing excited nak makan kek..haha
masa ni dekat pangkor.. telok nipah kau.. 


 K.A.M.I SAHABAT team

 

K.A.M.I SAHABAT selamanya




Sampai bebila aku ingat pertemuan ni..hampir 4 bulan merancang akhirnya terlaksana jugak..

P/s: Kawan yang kita rasa tak suka tuhla kawan yang baik sebenarnya.. sayang korang ketat-ketat..

:: takde idea nak tulis..so bace jela apa yg hado erk.. muahhhh.

Monday, 25 February 2013

D o n E

Assalammualaikum wbt..



#convocation 2011

::handsome habis aku time nih.. dah macam imam muda pun hado..

rasa nak Study lagi lah...:(
taknak kerja



Thursday, 21 February 2013

Learning


Dia tahu apa yang terbaik untuk diri kita.. Bersabarlah wahai DIRI...

p/s: setiap kali kita cuba nak gapai sesuatu pasti ada cabarannya, Allah mengatur kehidupan seseorang itu dengan corak yang bergitu baik, cuma diri kita yang melakonkannya..

Selamat Berpuasa Sunat Khamis :) InsyaAllah segala nafsu akan dikawal dengan baiknya.. InsyaAllah...