Saturday, 3 August 2013

Cemerat Lakedameng in the house

Assalammualaikum..

Lama tak update bebelog usang aku ni.. Rasanya bersawang banyak dah ni, banyak anai-anai dah masuk dalam bebelog aku ni.. Pejam dok pejam, celik dok celik dah sampai bulan Ogos. Huiiyee bulan Raya weyh.. Amacam dah buat preparation ke nak raya ni? Mesti tengah sebok dan membizi kan diri dengan buat list kan.. Aku biasa-biasa je tahun ni. Beli baju raya je. Yang lain unlimited.. haha.. 

Huish dalam dok sebok buat persiapan raya ni, aku nak share dan buat luahan hati sikitlah.. Gaya macam nak meroyan je ni? Tapi rileks, ni cerita biasa-biasa jer.. hehe..

First, Syukur Alhamdulillah akhirnya pernantian untuk aku bekerja di sektor kerajaan dapat. Just badan berkanun je pun.. Tapi serius syukur teramat-amat.. Selepas meroyan dalam setahun, dah masuk 3 kerja aku try untuk tahun ni, yang ke empat ni Alhamdulillah terkena pulak.. 

Sekarang aku still lagi kerja dekat company terengganu tapi aku jaga site dekat Putrajaya, Alah dekat jer dengan masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin atau masjid besi. Kira jiran lah tuh.. Kerja ok, tapi agak penatlah. serius berjemur aku dari pg sampai petang. Yelah walaupun baru je dapat pangkat executive tapi aku buat semua benda. Dari draft-men ke project site, pastu ke executive pulak. Memang kelam kabut sikit lah.. Aku pulak jenis ikut je kan, so tahan maki pun dengar jelah.. Saya kan budak baru.. haha.. tuh ayat untuk aku rasa tak meroyan terlebih-lebih..




 
 "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman.
(Ali-Imraan : 139)


Sebelum ni banyak benda yang berlaku, sekarang aku dah duduk sensorang selepas abang ipar aku berpindah ke rumah lain. Sebab kakak aku dah pindah sini, so aku duduklah sorang. Sunyi?? sunyi tuh memanglah sunyi, siapa yang kata duduk sorang ni tak sunyi? yelah nama pun duduk sorang, kot nak bersembang pulak. sembang dengan dinding bolehlah.. Aku rasa aku tak kisah kalau aku nak cerita dekat bebelog aku, sebabnya ini luahan aku.

Mula-mula sebelum ini, aku beria-ria nak cari housemate baru. Aku dah dapat, serius aku tak tipu aku memang beria-ria kemas rumah, excited teramatlah. Aku panggil dia abang sebab dia tua 2 tahun dari aku, dia baik, cakap pun sopan jer, erm yang paling aku suka perangai dia macam arwah kakak aku. Dia rajin jugak datang rumah aku dulu, sebab dia nak temankan aku atau dia nak outstation so dia duduk rumah aku.. 

Aku pun jenis tak kesah, aku suka orang datang rumah, boleh masak, boleh sembang, bolehlah story the mory kan. Lagipun bila duduk sorang memang dapur aku tak berapa nak berasap. haha.. 

Tunggu punya tunggu, janji bulan mei. Tapi aku paham sebab dia tunggu duit pendahuluan rumah dia yang lama sebelum nak masuk rumah aku. So tukarlah ke bulan Jun.. Erm, aku sedih sebab aku tunggu dan tunggu sampai 06 Jun aku terdetik nak BBM dia. aku jenis direct je tanya. Jawapan yang dia bagi dekat aku sangat kecewa. Aku takpaham sangat-sangat kenapa tak bagitahu awal-awal. Sebelum ni aku tolak dua orang yang nak sewa dengan aku, sebab aku fikir kan keselesaan dia. Sebab rumah aku kecik jer. Aku kan budak flat..

Sebenarnya aku mengharap dia masuk rumah aku, masa tu jugaklah aku down sangat-sangat. Orang yang dekat dengan aku jer tahu macam mana perasaan aku.. Aku bukan jenis yang kuat, tahan sampai hati pun dah bernanah. Kalau nak tahu, aku time tuh memang terdesak nak cari housemate baru, sebabnya aku kekurangan bajet.. Aku rasa Allah uji aku sangat berat. Sampai aku dah tak mampu nak pikul sensorang. Puas aku menangis bagai orang mati bini, puas aku cerita dekat orang yg dekat dengan aku, serius apa segala nasihat masa tuh aku macam tak boleh nak dengar. Hanya Allah je tempat aku mengadu.

Sekarang aku taktau apa motip dia buat dekat aku macam ni, aku tunggu dan tunggu. Makin lama makin jauh. 

Walau macam mana pun dia buat dekat aku, aku tak kisah tapi aku sikit terkilan. Sampai sekarang aku taktahu kenapa dia senyap jer. Kalau dulu, dialah yang beria-ria, sekarang entah kenapa senyap jer. Mungkin dia malu, mungkin juga dia terasa dengan aku atau kemungkinan ada sesuatu yang berlaku yang aku pun tak tahu. Cukuplah sekadar yang aku tahu dia sihat dan sentiasa dalam keadaan yang baik. 

Tak kisahlah dia dah anggap aku ni apa sekali pun, aku tetap macam ini. Mungkin satu masa semuanya akan berubah. Wallah'ualam.. Aku masih respect dia sebagai abang aku walaupun dia bukan abang kandung tapi kita adalah sedara seIslam.. 

Maaf, aku bukan jenis yang ego tak tentu pasal tapi aku jenis simpan. Tapi aku simpan tak lama, sebab aku tahu pemendam bukan yang terbaik. Allah tahu dan DIA mengerti yang terbaik untuk hambanya.

Aku sedar yang aku tak baik mana, terlalu percayakan orang inilah nasibnya. Aku cuba terima apa yang dah terjadi, dan aku sentiasa mendoakan dia dan sesiapa pun. Dalam sujud solatku, doaku, dan semuanya untuk insan-insan yang pernah ada dalam memori kehidupan aku.

Sekarang, perlahan-lahan aku bangkit dari kesedihan itu. Teringat memanglah, tapi nak buat macam mana, aku ni ibarat daun yang gugur, bila ada angin bertiup aku pun terbang..

Mungkin lagu kegemaran deritaku bahagiamu sesuai untuk story ini.. hihik.. :)



 Cukuplah sekadar apa yang ada, bersyukur dan sentiasa mengingati


Pesanan:
  • Dunia ni tak besar, sampai satu masa kalau diizinkan Allah tetap diketemukan.
  • Terima kasih sebab sudi hadir dalam kehidupan ini walaupun sementara, engkau tak ubah seperti arwah kakak ku.. Senyum dan perangaimu seakan-akan sama.
  • Maaf andai tersalah bahasa, dan terlanjur dengan kata-kata dan perbuatan. Yang baik datang dari Allah yang kurang itu dari diri aku..
  • Semoga perjalanan hidup akan lebih mudah selepas ini, dan Allah akan memberi rezeki yang melimpah ruah hendaknya..Amin

 Sebelum mengakhiri bebelog usang ni, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang mengenali, buat Abah, emak, abang-abang, kakak-kakak, my lovely dear, anak-anak buah, serta sahabat handai.. Taklupa kepada family baru.. Ampun maaf sekiranya ada salah dan silap, terkasar bahasa dan pertuturan. Semoga Aidilfitri tahun ini memberi sinar kehidupan yang baik.. Salam Aidilfitri.. :)
*Duit raya tak ada tahun ni..hihihikkkkk


aku cerita bukan sebab nak mengaibkan dan nak mintak perhatian. aku sayang kan persaudaraan, persahabatan dan semuanya.. ini untuk pengajaran.. Sekarang aku tetap tunggu.. peace :)