Thursday, 29 November 2012

Friend like ice cream

 
 
Hye... ok pepagi je aku dah ngedate bebeloG nih.. hari ni aku nak kongsi apa yang terjadi malam tadi. Huish, lepas aku tengok bola Malaysia lawan Laos tetibe hujan sesangatlah lebat. Mula-mula angin bertiup kencang dah macam puting berliung, serius aku cakap..pastuh guruh pulak..bersambung pulak petir..huish serius takut, dahla aku duduk sorang. Abang ipar aku boleh pulak takde g outstation ke Pahang tuh.. Tapi memang selalu aku sorang pun kat rumah tuh. kenkadang jer dia ada, sebab dia kerja suka outstation..Almaklumlah kerja Tnb.. 
 
Dalam hujan yang sangat lebat, aku pun nak lah tidurkan.. aduh tetibe pulak aku teringat ex- KAWAN rumah aku dulu.. Seriuslah aku memang kenkadang aku rindu jugak kat dia, yelah KAWAN kan.. tapi nak buat macam mana, setahun dah berlalu, macam sekejap jer kan.. Harituh dengan tak sengaja dalam 02:18 pm hp aku berbunyi, tengok-tengok nama dia.. Mula-mula macam aku taknak angkat, macam tak percayakan. tapi bila aku angkat dan aku jawab, tak ada suara pulak. yang aku dengar macam orang bergerak. mungkin jugak dia tertekan kot.. Tapi entah aku pun OFF kan jela tepon tuh.. nanti habislah kredit dia..  Bila aku sorang-sorang nih macam-macam aku pikir. Sebab tuhlah aku nak buat lepak-lepak dengan budak-budak kelas aku dulu..Saja nak hilangkan tensen yang ada dekat kepala aku.. Allah jer tau macam mana keserabutan aku.. 
 
Nasib badanla kan, sebab tuh kenkadang aku lebih suka bersendirian. tapi tak pe aku memang dah biasa, hidup mesti ada cabaran kan?? betul x?? Jangan laj uolls nak rasa runsing sebab "Walaupun orang lain tak faham, namun ALLAH tetap faham isi hati kita". Sekarang nih memang aku bosan giler nak jer aku balik kampung tiap-tiap minggu. tapi tuhlah duit pulak takde. gaji lambat sangat. dahlah aku kat sini banyak gila masalah dengan kerja asik bertukar ganti, tuh yang membuatkan aku peningkan.

Erm dekat rumah aku tuh, ada barang-barang kawan aku. aku masih simpan elok-elok dan aku tak pakai pun. mungkin masa dia pergi dia lupa nak ambik. Takpe aku simpan dalam almari aku dan aku tak pernah usik pun... masih ada lagi dekat rumah, memang aku ada niat nak pulangkan tapi aku malaslah..haha.. sebab aku tak tahu apa punca nya.. Tapi aku masih cakap memang aku salah kot. entah, lumrahlah bila sewa serumah nih. dah anggap macam family, abg aku pun tak kisahkan. tapi entahlah, benda nak jadi. hati masing-masinglah. Aku doakan yang terbaik jer untuk dia.. Semoga kesihatan dan kehidupan dia baik. aku dah maafkan dah semuanya.. tapi kenkadang aku rindu jer kat dia.. yela aku memang suka ngusik dia. gi blaja agama sama-sama dekat surau.. memang bestlah kan.. memang rindulah..


kalau masa tuh boleh diundur, memang aku hargailah masa tuh. tapi semua dah berlalu. rindu zaman sekolah tadika, rendah sekolah menengah dan zaman belajar di Universiti dulu. Zaman pritikal kat JKR pun aku rindu.. Sekejap jerkan.. Sekarang pun dah nak masuk 23 tahun untuk tahun depan.Ya Allah cepatnya masa berlalu. Dah tua rupanya aku nih..haha.. !!

Kenapalah aku nih suka merepek meraban kan, sebenarnya aku just nak share jer apa yang aku rasa dekar bebeloG aku nih, pengalaman aku dalam hidup nih. Yang baik tuh ambik sebagai panduan yang jahat jangan ambik dan jangan pandang pun...  Aku ni manusia biasa, dan aku nih jugak banyak melakukan dosa. Dosa dan pahala nih serah pada Pencipta jer hanya Allah yang tahu kan. Aku sebagai manusia patut berubah dan memperbaiki kelemahan aku. Cakap memang senang, tapi haruslah dilakukan dengan perbuatan dan doa.. (Just ingatan untuk aku yang pelupa nih)..


 

Aku sayang kawan-kawan aku, dan aku nak buat korang happy bila bersama aku.. Bagi yang ada kawan tuh kawanlah berpada-pada okey.. Hargailah kawan yang ada dengan korang, PLEASE jangan persia-sia kan persahabatan korang.. Kalau ada masalah bawak lah berbincang bersama-sama, sama jugak dengan perhubungan antara parent dan pakwe/makwe. Tolong Jaga yer SILATURRAHIM antara manusia, agama dan sebagainya.. Aku sayang kawan-kawan aku.. Saat nih lah yang paling aku ingat.. this moment nihlah sampai sekarang aku tak lupa (StOr!eS 1, StOr!eS 2 StOr!eS 3 & StOr!eS 4
 

 


Okay sebelum tuh aku selitkan lagu yang mungkin kena untuk  cerita nih.. Banyak sangat pengajaran yang perlu diambil..

Yang perlu ada untuk persahabatan ialah:
  1. KEPERCAYAAN
  2. KESETIAAN
  3. HORMAT MENGHORMATI
  4. TANGGUNGJAWAB
p/s: Ambillah cerita aku nih sebagai pengajaran, please sangat-sangat jaga persahabatan tuh okay.. yang ada kawan baik atau BFF tak pun KKS (kawan karib selamanya) please jaga betul-betul okay persahabatan tuh.. InsyaAllah Persahabatan tuh akan kekal sampai korang beranak pinak atau sampai cucu cicit serta mati jugak..hehe.. :)

take care yer kenkawan..

Monday, 26 November 2012

Bila diri ini rasa poyos..Love its..:P

Aktiviti harian bila KEBOSANAN..ambik hp cari kamera dan snap..ikut suka, kadang-kadang bila suka edit dan terus POST dekat pacebuk dan Instagram  bila rasa muka cukup hodoh bila snap pic kat hp terus DELETE dan baling hp dekat sofa.. Pastuh mulalah cakap merapu meraban.. Yeah this is my life.. aku suka sangat pada benda-benda yang comel, kadang-kadang bila dah ada rasa menyemak pulak.. Mula lah aku rasa nak campak dalam tong sampah..  ENOUGH!!!

_Lantak koranglah nak kate apapun yang penting aku gila kamera..weekkk:P kbai

Thursday, 22 November 2012



Assalammualaikum...w.b.t..

Okaylah, hari nie aku nak share something special sikit. Orang ramai yang tak tahu yang sebenarnya aku dah berpunya. Alhamdulillah kami dah nak menjangkau 7tahun.. Perkenalan kami ini tak adalah sweet sangat, aku dah kenal dia lama dari bangku sekolah rendah lagi. Kami ni kawan jer sebenarnya dari darjah 1 sampailah kami ke sekolah menengah.. Kat sekolah dia pandai, kelas pun no 1 tau.. Aku jer kelas last. terkurang sikit, sebab kelas tuh ada 2 kelas jer. haha.. Merah dan biru.. :)

Alhamdulillah selepas kami kenal antara satu sama lain, hubungan kami ok.. antara sorang mestilah mengalahkan.. Yeah mestilah aku yang paling kuat mengalah, nanti tak bagi peluang merajuk pulak.. that why lah aku bg can kat dia..hehe.. InsyaAllah dalam beberapa tahun kami akan melangkah ke alam impian kami..InsyaAllah, mohon doa yer..hehe..:) Sekarang aku tengah usaha kumpul sikit duit, yelah bukan senang nak jadi Lelaki dan bakal menggalas tanggungjawabkan pulak lepas nih. Dialah peneman setia aku kalau ada masalah walaupun kadang-kadang gaduh jugak sampai rasa nak lempang-lempang je kan.. Aku jenis suka mengusik, dia pulak jenis tak boleh terima kekalahan..haha. 

Okaylah, nak share sikit. Kami nih berlawanan dan tak sependapat kekadang. aku suka bergambar dia pulak tak suka.. dan macam-macam lah yang berlawanan.. tapi aku ok jer.. hehe:) Dari sekolah rendah dan kesekolah menengah pulak aku yang TERsuka dia.. gara-gara main misscall..Ops!! gaduh punya gaduh then one day masa aku nak pergi sekolah teknik kita orang macam sedih jer :(..haha.. then adalah terjadi satu detik bunga-bunga cinta kan.. ha hameeek ko.. sampai kawan baik aku pun tak boleh tahu yang aku ngan si dia ni couple.. Sorry Miss D.. hehe..:) 


 

okay ni lah orangnya. thanks awak sebab sayang saya.. InsyaAllah one day kita akan bersatu jugak,walaupun banyak rintangan yang harus kita lalui tapi tuh tak bermakna saya akan tewas.. Ha si dia nih dah bekerja dalam bahagian nurse, kerja di bahagian  hemodialysis.. ha sape sakit buah pinggang bolehlah yer berjumpa dengan si Dia.. hehe :)

Aku harap selama hampir 7 tahun nih akan berakhir dengan baik, sebab aku sayang dia dan aku berkawan bukan atas nafsu semata-mata atau trend kan tapi sebab aku nak menikahi dia then menjadikan dia peneman aku nanti, kire biarlah sampai ke Jannah. Amin..


Lagu ni lagu yang paling aku suka dan dia pun suka. 1st time kami suka lagu yang sama. sebab cinta kami biarlah sampai ke bintang dan bukan bintang kami ini hanya lah MIMPI ok..hehe.. seindah lirik ini bukan mudah nak mencapai sesuatu itu, dan banyak halangannya. umpama lirik lagu ni jugak.

Biar mimpi mimpi kita
Jejak sampai ke bintang
Walau harus menggapai awan
Menongkah arus ini
Aku tahu bukan mudah
Tapi mimpi ini harus aku
Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Tuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini
Jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
Tuk membawa mimpi-mimpi kita
Biar mimpi sampai ke bintang
Kerna kita semua tahu
Kerana ini impian
Setiap satu dari kita

Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Tuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini
Jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
Tuk membawa mimpi-mimpi kita
Menuju ke bintang

p/s: Thanks awak sebab sayang dan jaga saya.. Saya doakan semoga kesihatan awak baik dan cepat sembuh. Anggaplah ni salah satu ujian yang Allah berikan.. InsyaAllah segalanya akan baik nanti..
-Tolong doakan si Dia cepat sembuh dari penyakit..Amin..:) thanks..  

Tuesday, 20 November 2012

Kenangan PQA

PQA-QAC
25/05/2011-02/10/2012
Sweet Moment & Memory..

dulu saya sangat pemalu bila masuk department nih..tapi lama kelamaan aku makin rapat dengan semua..tak kira susah senang, walaupun dugaan sentiasa ada tapi aku kuatkan juga. sebab aku tahu ini adalah satu kehidupan yang ada pahit dan manis..Thanks Allah ketemukan aku dengan mereka yang baik ni, walaupun sekejap ia sangat bermakna.. I'm know what can i do, but i can't do if i lonely.
 


dalam ingatan: Encik Om, fatihah, kak senah, kak nora, kak asiah, kak yanti, kak shima, aku, kak sue, Encik megat, kak ida, kak arul, abg hafiz, azhar, abg rahimi, kak somah,muqjizat, dan aku tak ingat nama abg 2 org nih..haha

 please don't forget about this moment..
 
 Gadis group Approval..
i really miss u all. May Allah bless u.







 meja aku..sangat rindu..i'm electrical part..

 kak ida...kak yanti  dan kak arul..

 oppsss!! senget..haha..with kak senah a.k.a ibu mertua tinggal..haha

 with tuan penasihat saya..sayang akak nora ketat2..

 sy ingat pesan akak sampai bila-bila...rindu akak..

 with akak Juriadah a.k.a ustazah terbaik..hehe..thanks akak..

 incoming staff kak ann, kak ita & kak suhaida
 
cakkkk....
Ini adalah kenangan, selama setahun lebih banyak yang aku belajar. pahit perit untuk mencari rezeki. Mungkin ini baru permulaan belum lagi pengakhiran.. Insyaallah marul takkan lupakan kenangan ini. kamarul sentiasa rindu masa dan detik ini, until now, marul tak boleh nak lupakan.. 

Salam Perpisahan dari
KAMARUL ZAMAN BIN MAAFUS..
QAC-PQA Approval Group...

Wasalam..:)

Monday, 19 November 2012

I miss you


Assalammualaikum...

Erm tetibe jer rasa rindu kat semua..Okey sekarangni waktu bekerja aku, tapi semua tak sampai lg.. Sebabnya hari hujan hari ni, mungkin lambat lah dorang semua masuk.. so, dengan adanya peluang nih aku nak update la bebelog aku yang tah hape2 nih..No wonder lah orang tak femes kan..beloG pun cikai2 jer.. Okeh!! nothing special for today, tapi hari ni aku rasa rindu sangat pada teman2 dan kakak2 ex-opis aku dulu..miss uolls.. Aku selitkan lah gambar kakak yang sangat baik kat dalam opis, waktu nih kita orang naik Broga Hill kat Semenyih..tak silap 12 mac 2012. Tapi semalam pun aku pergi jugak, tapi pergi dengan kekasih hati lah..hehe..!!

KAK SENAH

ni kat Hasnah dengan anak dia, sangat sporting orangnya serta baik.. aku rindu giler dengan kak Senah nih.. Serius dia baik sangat2, kadang2 kalau waktu OT dia siap mesej kat aku kata tak payah beli makanan akak senah dah masakan untuk aku.. Ya Allah baik sangat akak nih..Marul rindu kat akak..dah macam kakak aku lah dia nih.. akak ni sukakan cabaran, aktiviti lasak pun dia suka, yang paling aku ingat gelak dia..serius lawak gler.. bunyi gelak dia pun dah menghiburkan hati aku..

p/s: Akak kalaulah masa tuh boleh diundur saya tak kan buat kesilapan nih, kalau saya dengar cakap akak mungkin saya tak jadi macam nih..so saya sebenarnya agak menyesal dengan pilihan dan tindakan yang saya lakukan, walaupun banyak benda yang berlaku kat sana tapi sebenarnya saya sangat selesa dan serasi..tapi tuh dulu..saya harap ni adalah pengajaran buat saya sepanjang hidup saya..
 

 KAK ASIAH

Haaaa yang peace nih kak Asiah, group baik aku.. walaupun bersaiz kenit tapi dia nih dah kahwin okeyh..sekarang ngah tunggu baby 2nd dia keluar pulak. masa nih pun anak sulung dia husband dia yang jaga gara2 teringin sangat nak pergi broga.. hehe..!! Kalau nak tau, dia ni lah kumpulan chumell yang kita orang tubuhkan sendiri..insan2 teraniaya dekat hilang tuh dulu..haha.. dia ini sangat baik walaupun kadang2 cakap dia sakit gak nak dengar tapi dia ok..suka gelak, jalan pun jenis tak pandang orang..haha..menakutkan dowh..hehe..

 kenangan yang pasti aku takkan lupakan..

 kak senah yang sangat sporting...kak asiah yang periang KAMI tetap ENJOY!!

 i will never forget for this moment..miss u all.. may Allah bless u always..

 Kami group PQA sentiasa bersatu...<3 b="b">


Sepanjang aku berada dekat sana dorang sangat baik, sangat2 baik..walaupun kadang2 aku sangat stress tapi bila ada nya dorang yang sentiasa bantu aku, aku sentiasa bersemangat...terima kasih semua...

okeyh nanti aku nak share gambar2 yang last aku kat hitachi...

_ingat yer kengkawan kalau nak buat sesuatu jangan ikutkan hati semata-mata..fikirkan dulu sebelum ianya terlambat...

Friday, 16 November 2012

16.11.2012

Assalammualaikum...wbt..

Yeah hari baru, muka baru dan berwajah sama..haha..! ok nak tau, sekarang aku keje kat mana?? OHSEM babeyh, aku dah tak keje kat company baru tuh, giler lah baru sehari masuk dah migrain weyh...ok nak cerita dari hari pertama sampailah aku berhenti, tapi aku skip sikitlah..kalau tak letih pak mat nak taip uolls..haha..Ok dah ready ker nak bace..:P

Hari pertama:
-Pepagi lagi aku dah mai opis tuh, semangat la konon..sampai kat company yang gah dgn duit berjuta2...billion2...rupanya pekerja HR dia sangat LEMBAB..oh noooo..Serius rasa nak pitam tunggu..bayangkan dari kul 8.30 sampai pukul 3 petang aku tunggu..dahla mak guard kat situh macam S#*#..OMG!!! oklah selepas kul 3 baru lah aku kena panggil dengan mamat HR ni nak sign offer letter..dah pot pet pot pet ngan mamat HR ni aku pun kena lah hantar kat HQ n kena masuk opis.. Sekali aku nak masuk jer kena lalu 4pintu biru yang sangat besar..ko gler apa, dah macam penjara..nak ke bilik kecik n beso pun kena lalu 3 pintu..macam tuh korang pun boleh terbantut.. oklah lupakan pasal pintu.. yang lagi menarik bila aku langkah jer masuk department aku..Nauzubillah sangat memeningkan deria pendengaran aku..dah macam aku ni orang pekak.. terus aku takleh nak blah...next day plak k...stay tuned..

Hari kedua dan seterusnya:
 - Oklah masuk jer hari kedua atau dinamakan hari sengal+sempit sedunia...Ok fine masuk jer dah kena tunggu orang sebab aku punyer id card tak boleh access lagi..semua benda yang nak lalu semua tak boleh, hanya mengharap simpati orang je nak masuk..sian.. ok masuk jer opis rupanya kena kawad la pulak..Hello!!!Ingat ini PLKN or MAKTAB TENTERA ker??? OMG..! lepas jer kawad dan wat perbarisan ala2 nak bebaris waktu perhimpunan sekolah tuh aku pun masuk lah opis..nilah part paling aku tak suka, sebab aku kena follow up orang..asik nak kena call jer..oklah wat masa ni aku mmglah tgk orang,tapi mmg aku rasa kerja nih asik nak cakap, maki, marah dan sewaktu dengannya..pas 3hari aku duk group monitoring aku pun kena lah alih kat group customer service, sebabnya aku tak boleh nak follow apa yang monitoring ajar. kalo nak tau kat monitoring semuanya lelaki dan customer service semuanya golongan wanita.. cuba pikir aku masuk group gegirl?? memang ohsem lah..motif aku masuk customer service sebab aku mempunyai kebolehan bercakap dengan lemah lembut dengan customer..wah class ko pak mat...haha..tapi serius sepanjang aku layan customer aku lah yang paling cool bercakap..marah pun idak tapi duk tanya jer, sebab nya aku tak paham sebutan dorang..haha..hameeeekkk kau....

Kenapa aku berhenti??
-Sebab aku tak tahan, bayangkan lah kerja dengan duit gaji dahla cipooot...yang paling aku tak lupa bila aku tersilap bagi direction kat planning..yela aku kan budak baru, bila aku tanya orang dorang marah..boleh plak si pak gelap marah aku duk tunjuk2 skrin komputer..dahla aku salah masuk direction 2.5Million ko..ko giler apa salah!!! yang paling aku tak tahan bila POMPUAN ni maki aku duk sebuk lah cakap aku nih apa..Hellloooo akak ko dahlah cakap lain, buat lain...aku masuk 08/10 dan aku berenti 02/11...xsampai sebulan kau...Alhamdulilllah sekarang aku dapat kerja..

Ok sebelum tuh aku nak pesan kat diri aku semoga aku lebih tabah dan sentiasa mengingati, yela Allah nak uji kesabaran seseorang itu..walaupun aku tension tapi aku sentiasa taklupa yang aku nih punyai keluarga dan kawan yang sentiasa amik berat tentang aku... thank yea..





Semalam awal Muharram.. tahun baru untuk umat islam 1434 hijrah.. marilah kita memperbaiki apa kelemahan kita, semoga dengan hijrah dan tekad untuk mencari rezeki yang halal akan dipermudahkan...