Assalammualaikum...rasanya tak terlambat lagi nak ucap Selamat hari Raya Maaf Zahir & Batin. maaf yer lama sangat tak update blog nih..Raya tahun nih agak meriah sikit, sebab kami sekeluarga bertemakan kehijauan. Beautiful Green.. Erm raya tahun nih keluar duit lebih sikitlah. anak buah makin ramai. Almaklumlah paksu nya dah bekerja.. memang bankrap lah raya tahun nih, apa-apa pun kami tetap enjoy. dalam keriangan kami menyambut aidilfitri tahun nih kami terasa kehilangan seseorang. iaitu kakak sulung, perginya beliau seminggu sebelum puasa. apa-apa pun kami tetap redha. semoga rohnya ditempatkan digolongan orang yang beriman. Amin.
Raya tahun nih agak penat, tapi best. biasalah masakan kami memang tak nak kalah bila tiba musim raya. dengan laksa, nasi himpit, rendang, pecal, bihun sup dan macam-macam lah. tak lupa kuih-kuih tunjuk kami..haha...especially kuih kegemaranku..kuih tat nenas.. memang meletop..
ni aku saji kan gambar-gambar dipagi hari raya...keep in touch k...