Thursday, 30 June 2011

Tqvm

sebulan telah berlalu, akhirnya segala penat lelah selama sebulan mendapat hasilnya. Alhamdulillah semoga hari-hari mendatang aku lebih bersemangat..tqvm...('',)

p/s: semalam israk mikraj bersamaan 27 rejab 1340 hijrah. ingatlah peristiwa israk mikraj dan pengorbanan Rasulullah s.a.w..

Thursday, 23 June 2011

Audit

cuaca agak elok dipagi hari, tapi angin kurang baik disebabkan kondisi diri yang beremosi sehinggakan metabolism mempengaruhi akal dan pemikiran yang sedang berfungsi. melihat keadaan diri agak tertekan, semua benda menjadi rumit. tapi sampai ketempat kerja, kenalah bersifat profesional, walaupun muka ketat sebelum itu akhirnya terpaksa melonggarkannya. hari-hari menjadi mangsa untuk bercakap atau membaca info-info seperti safety and traffic, 5S dan sebagainya. hari ini juga aku dapat pergi membuat audit di kilang AE Technology di Balakong cheras untuk melihat keadaan disana, serius kilang tersebut tidak mengamalkan 5S. alangkah sedihnya. :(... sebagai technician under Approval PQA, aku terpaksa memberi sedikit pendapat.

-disamping itu aku terpaksa menahan kesakitan yang ditanggung, disebabkan lutut kanan mengalami sedikit masalah. tapi dengan niat untuk bekerja aku menahan. Thanks Allah sebab aku mampu berjalan lagi..

p/s: dapat makan free masa wat audit kat Restoran Jonny...memang masyuk lah...hehehe...keep up babeyh..continue!!!!!

Monday, 20 June 2011

black and white




Hidup ibarat lukisan, tiap kejadian adalah gurisan kasihnya, tiap coretan adalah titisan kanvas cintanya. terkadang luas itu menoreh segaris hitam diantara lembutnya putih kebahagian. terkadang ada warna hitam mengisi relung hati yang serapuhnya ibarat kristal, namun tak jarang pula putih keceriaan menggantikan gelapnya hitam kedukaan.

adakah senyum pelangi merekah bila hujan tak membadai. adakah mentari pagi memberi kedamaian bila kelam tak terlewati. adakah jingga menawarkan keikhlasan bila siang terik terlupakan.



Wednesday, 15 June 2011

Disappointed...

Disappointed...! Malay translate KECEWA...berapa hari lalu aku sangat kecewa dengan diri sendiri dan merasakan aku memang tak layak...Yup memang terasa tak layak sangat-sangat, sebab?? sebab aku rasa down gila-gila bila aku dapat tahu dan aku dapat tengok dengan biji mata aku sendiri. kecewa sehinggakan menyusuk kehati aku. tak tahu nak cakap apa. kecewa yang orang lain mungkin pernah rasa tapi tak sama dengan aku. mula-mula tahu dari kawan, macam tak percaya jer, pastuh try tengok..erm memang mengecewakan...so disappointed..i'm not believe.. Tuhan jer tahu macam mana rasanya, segan bercampur malu..ENOUGH!!!....myself said, i'm not stupid or lazy, but i don't know why ......!!!!!!...

Erm sangat mengewakan lagi bila aku dibanding-bandingkan dengan orang lain, YES...i'm not smart kind of him, but i try my best for my work.. tapi itulah kenapa ada sahaja orang yang tak pernah puas hati dengan aku. sangat-sangat bersabar selama ini, aku tahu aku tak sebijak dia, tak secerdik dia, tak sepandai dia dan aku tak sehebat dia tapi aku cuba untuk menjadi yang terbaik. tapi sekali lagi aku dikecewakan dengan anggapan ini. bila situasi macam ini, aku sangat-sangat pressure. Yes!! memang muka aku berubah bila macam ni, aku dah tak akan senyum dan tak akan banyak cakap sebab benda-benda yang stupid like dog nih...please dun compare me with him.

Satu lagi aku sangat kecewa dengan sifat orang ni, bila susah jer cari.. bila senang jer peeh lupa terus. aku paling menyampah tengok mangkuk-mangkuk yang macam ni. tapi tak apa, nanti dia tau la balasannya. Allah kalau nak bayar cash bila-bila pun bolehkan.. biarkan mereka-mereka itu.

aku hanya meluahkan apa yang aku rasa. so siapa yang terasa janganlah makan cabai burung banyak-banyak sangat okeyh...

Sunday, 12 June 2011

cukup bagiku

Opick- cukup bagiku

La Tahzan- peneman hidup saat bersedih..



Lagu yang sangat indah dan penuh makna...

Hari, minggu dan bulan telah ku lalu pada tahun ini. Terdetik satu kesedaran yang sangat berbeza di jiwa aku. Perubahan yang sangatku rasakan. Bersyukur sangat kehadrat Illahi. Kini rejab sudah kembali, syaaban pula menanti dan bulan yang ditunggu-tunggu iaitu Ramadhan. Segalanya ditunggu dengan hati yang tidak sabar, untuk merebut pahala dan ganjaran yang telah dijanjikan oleh Pencipta.. hari ini aku ingin menjadi lebih baik dari semalam dan yang terdahulu. Sebenarnya aku terlalu rindukan pengalaman dan kenangan dulu2 bersama keluarga, tersentap seketika bila melihat orang lain mempunyai keluarga yang sangat bahagia. Allah ingin menguji kesabaranku lagi, tapi aku tetap bersyukur dan menerima ini sebagai cabaran hidup.Cukup bagiku mempunyai ibu, bapa, abang, kakak, dan kawan-kawan.. aku amat bersyukur...


Align Center

Monday, 6 June 2011

Mari berdikari....!

BERDIKARI??? erm sekarang sudah masanya untuk aku berdikari, dulu bolehlah berkepit dengan mak, abah sekarang dah tak boleh nak berkepit. nanti lama-lama aku yang terkepit.. memanglah mula-mula nak berdikari ini banyak cubaan, macam cerita pendekar bujang lapok....cobaaaannn...dulu masa belajar mak bapak bagi duit belanje, bila tak ada duit jer mintak je kat dorang. kalau tak bagi mula lah, muka dah macam ayam berak kapur.. nak diteran takut buasir lak kan..so hentak-hentak kaki jela... erm sekarang dah tak boleh macam tuh, kot nak mengharapkan dorang pulak, lingkup lah poket mak bapak. kesian dorang nak pergi haji terbantOoot..


Nasib baiklah aku pernah berdikari masa duduk rumah sewa, peeh memang banyak cabaran. yela bayangkanlah duduk pulak dengan kawan-kawan kan. semua benda kena kongsi.. bila dah berjauhan dengan keluarga memang susah tau. tapi nak buat macam mana kita kena ada sifat berdikari jugak.. hehe..


Sekarang bila dah kerja, kena fikir nak kumpul harta, usia bukan makin lama makin muda tapi sebaliknya. terpaksalah berkorban demi masa depan. apa-apa pun ilmu boleh dicari, dekat mana-mana pun ilmu tuh sentiasa ada. :)


p/s: jatuh, duduk, dan tergolek sekali pun kalau nawaitu kita baik untuk berdikari dan tak mahu menyusahkan sesiapa.. Ingat Allah sentiasa ada bersama kita...

Wednesday, 1 June 2011