Thursday, 26 May 2011

HEPM

lokasi: meja tetamu
lagu: akan ku jumpa


Selepas tiga tahun mengadap buku, buat assignment, ulang alik pergi kelas naik motor, redah hujan, langgar traffic light kat section 3 bangi, kena hon dengan kereta masa nak u-turn kat section 9 bandar baru bangi dan macam-macamlah selama 3tahun aku belajar dulu. sekarang lepas habis jer belajar sibuk duk cari kerja. buat resume dan hantar kat company, dengan muka confident jer hantar kat guard. hantar punya hantar, Alhamdulillah antara 3company kat bangi yang aku apply aku dapat juga interview kat HEPM (Hitachi Electronic Production Malaysia), serius aku ingat tak dapat, gara-gara english education aku tersekat seketika.. tuh pun sebab aku terbatuk, terus terSPEAK malay..haha.. lawak...lawak... akhirnya aku dapat juga bekerja kat Hitachi nih, dan Alhamdulillah dapat bekerja di department PQA (part quality assurance) sebagai technician. apa-apapun aku cuba yang terbaik..


Sekarang dah mula fikir menabung dan ingin menolong mak, abah dan adik beradik lain. minta2 segalanya menjadi realiti. Amin..


Uniform...

oklah bye...nak tidur..esok kerja..Assaammualaikum..

Saturday, 21 May 2011

kakak ku juga mahu bergambar..

Yes kami semua gila camera. disebabkan aku seorang yang gila bergambar dan dilabelkan muka suka menempek di lancer camera jadi kakak aku pun sama juga macam aku.. haha..! biasalah hobi kami bila ada masa macam ni lah, konon nya diri tuh macam rozita cik wan atau nasha aziz... tak pun cam amber cha. haha... verangan!!!bwekkkk..:P



mak pun nak jadi model gak..ada tak macam syarifah aini??tolonglah kak pah mak i lagi lawa k..haha




aku paling suka gambar nie..sebab apa??sebab aku yang snap..suka hati aku lah yang mana aku suka...haha


aku ni tak pandai nak snap lawa2, edit cantek2, tapi aku saje lah torai kan. ada ku kesah?? haha...

Friday, 20 May 2011

Ko pe hal...?

masa: sesuai tuk qiamulail
situasi: sunyi dan gelap
mood: bertenang dalam bertendang!


Alhamdulillah sampai juga Ipoh, walaupun hujan dan penglihatan agak kabur. tapi berjaya juga sampai ke destinasi. memang aku terkejar-kejar hari ni, dengan masalah management kat kolej aku tuh lagi. memang aku hangin satu badan, sampai bertekak juga lah dengan staf2 tuh. silap oranglah der ko nak maki hamun. sebelum ko hamun meh aku bagi tazkirah sikit kat korang. benda yang simple, sampai tiga jam aku tunggu surat pengesahan habis belajar tuh. alih-alih surat tuh peeeh pendek gila, cuma nama, i/c and no student. argh gara-gara benda sengal ini, aku sakit kepala, nak muntah dan bontot aku pun dah nak kematu. dah settle semua, aku kena hanta surat pengesahan tuh kat kilang hitashi pula. banyak benda kena buat dalam satu hari, dalam perjalanan lak nasib baiklah tak kena langgar dengar lori, gara-gara kecuaian diri. ahaks!


erm dalam perjalanan balik ipoh tadi erm aku dah mula fikir sesuatu, gara-gara dapat satu berita. argh aku memang tak boleh dengar benda-benda macam ni. tapi aku cuba kawal perasaan aku, memang pressure bila dapat berita macam ni, tapi aku tahan....dan terus tahan.. cepat-cepat luahkan berita ni pada kawan baik aku.. nak mintak motivasi sikit. erm tapi tuh lah aku ni, susah sikit nak lupakan berita macam ni. mesti nak fikir. apa-apa pun aku buat tak tahu jela...redha..!



okeyhlah nak tidoo..babai...

Wednesday, 18 May 2011

Selamat hari jadi mak


18 mei....yeah today is my mum birthday...mengharapkan kesihatan mak yang berpanjangan, dan ingin melihat mak sentiasa gembira dalam hidup. Bagi aku mak seorang yang penyabar, walaupun banyak rintangan dan dugaan mak mampu bertahan, dan yang paling penting mak mampu tersenyum. kasih sayang mak pada anak-anak tak pernah lekang, sesibuk mana pun mak dia still tanya khabar kami. Agak terkilan pada tahun ini, sebab tak dapat nak celebrate birthday mak. gara-gara urusan di kolej. Maaf ye mak.. apa-apa pun adam sayang mak.. sampai mati pun adam tak pernah lupa jasa-jasa mak.

ingat lagi, masa kecil-kecil dulu dengan tak sengaja aku tengok mak aku menangis. masa tu aku masih tak paham kenapa mak menangis. sampai sekarang aku tertanya-tanya kenapa. ada juga tanya kenapa kan. tapi mak tak pernah nak bagi tahu, cuma mak cakap "nanti kalau kamu dah ada isteri kamu tahulah" sambil tu mak melemparkan senyuman pada aku.


Monday, 16 May 2011

Masih dalam ingatan

tanggal 15 mei 2011 genaplah 3tahun pemergian nenek tercinta Saadiah binti Jamaluddin.. Seorang yang sangat penyabar dan sangat baik kepada anak, cucu, cicit dan generasi seterusnya. Nenek atau lebih gemar digelar tok di kampung, dahulunya seorang pendidik di Medan Indonesia dan telah berhijrah ke Bumi Malaysia dan berkahwin dengan seorang jejaka tampa yang bernama Awang Darus (Tokwan)..

Taksangka pemergian tok memberi kesan yang sangat mendalam, sehinggakan semua ahli kelurga tidak percaya
.. situasi ketika itu sangat sedih sehinggakan air mata menitis ke bumi. sempat juga mencium dahi tok buat kali yang terakhir, dan perasaan sebak mula dirasai. Bila dikenang kembali, teringat kata-kata arwah tok, tok selalu pesan jangan melawan cakap mak dan abah, solat jangan lupa terutama subuh, buka tingkap bila matahari dah timbul sebab masa tu lah rezeki nak masuk. ini petua orang tua dulu-dulu.

ni photo tok masa berkumpul ramai-ramai. ini je kenangan yang ada. Masih cantik dan menawan arwah tok dulu-dulu, mana tak tumpah nasi ke kuah. hehe...!



Al-fatihah untuk arwah tok tersayang Saadiah binti Jamaluddin, semoga roh mu ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.


P/s: siapa yang ada opah, atuk, nenek, datuk, tokwan, garndpa or grandma jagalah mereka dengan penuh kasih sayang ok. sementara mereka masih ada. rindu pada tok..


ok, disamping tu nak mengucapkan Selamat Hari Guru buat pendidik-pendidik di seluruh Malaysia..

Sunday, 15 May 2011

Emosi dan perasaan

Kadang-kadang dengan kata-kata, seseorang itu akan membuatkan diri kita terasa. aku pun kadang-kadang terfikir sama ada percakapan aku boleh membuatkan orang sekeliling terasa, tak kiralah dengan keluarga ke, kawan ke or siapa-siapalah. kalau aku memang banyak sangat terasa dengan orang ni, tapi aku suka pendam sorang-sorang je. erm duduk dalam bilik sorang-sorang pasang lagu kuat-kuat, tak pun melalak bagi puas hati. tapi itulah kerja aku kalau aku tersentap or terasa dengan seseorang.


Sebenarnya aku kurang berminat nak luahkan dekat siapa-siapa, sebab aku suka pendam dan biarkan je diri ni yang tanggung. itulah aku sebenarnya. Aku suka gelak-gelak sebenarnya, dulu aku kurang bercakap, kurang bergaul dan kurang nak menonjolkan diri aku. sebabnya?? ada kisah disebalik semua ni. aku tak mampu nak cerita sebab aku kan suka pendam. biarkan jer okeyh..


okeyh pasal kawan. Erm, aku ada je kawan baik. memang baik dengan aku masa sekolah until now. dia je yang selalu buat aku bersemangat, dia salah satu cikgu motivasi aku. senanglah bila aku luahkan apa-apa dan dia selalu bagi aku ayat-ayat yang membuatkan aku semangat. Aku tak kisah bila orang nak kata apa-apa tentang kami, sebab kami memang sahabat duniawi dan ukhrawi. yela sahabat or teman yang sentiasa membantu dan menyokong saat-saat kita jatuh, bukan sahabat yang suka kondem jer. biasalah duniakan tanpa sempadan. Sebenarnya aku selesa sikit dengan dia, dan aku tak pernah terasa apa-apa pun bila dia tegur aku. sebab dia kawan aku.


Luahan aku seterusnya mengenai perubahan. Salah ke kita nak berubah kearah kebaikan? tak salahkan? kenapalah ada orang selalu nak mempertikaikan apa yang kita buat. Bagi aku, ajal tuh dah makin hampir baik berubah sebelum terlambat. manusia kat bumi ciptaan Allah ini memang tak semuanya perfect, so aku sebagai hamba yang jahil, apa salahnya nak berubah untuk kebaikan. sedangkan dalam al-quran pun menyebut, bertaubatlah kamu sebelum ajal menanti kamu kelak.


Erm, mengenai cemburu. aku selalu cemburu dengan orang, bukan cemburu tentang cinta or tentang awek ada lelaki lain. tapi aku selalu cemburu tengok orang berjaya atau pandai, kenapalah sesetengah orang ni pandai sangat sedangkan kita erm kureng sikitlah. dahlah pandai ada pulak yang banding-bandingkan kita dengan orang tu. alah aku selalu kot jadi mangsa perbandingan. biasalah aku kan kureng sikit. serius aku cemburu, tapi nak buat macam mana, dah kelebihan dia disitu.


okeyh lah kata-kata terakhir aku, apa-apa yang terjadi aku redha je. ini semua ujian dari Allah.. aku sebagai hamba boleh berdoa, usaha dan seterusnya bertawakal. Aku kan manusia biasa..


"Beruntunglah kamu mempunyai kelebihan, tapi INGAT janganlah kamu lupa siapa PENCIPTA kamu"...


Mr.k hanya sekadar luahan...


Thursday, 12 May 2011

.c.e.k.a.l.


Hari yang ditunggu-tunggu, nampaknya segala yang bermain difikiran sudah pun aku lalui. walaupun dengan kata-kata tapi hati sangat rasa berdebar-debar menunggu segala keputusan. macam-macam yang berlegar difikiran, tapi hanya membuat reaksi yang selamber dan membuat perkara yang terjadi tadi seakan-akan tidak berlaku.


Tenang menanti hari esok, adakah esok atau lusa keputusan yang bakal aku tahu akan membuatkan aku gembira atau sebaliknya. hanya menanti dengan penuh kesabaran dan terima dengan hati terbuka. tapi hati aku masih kuat mengatakan yang aku GAGAL. erm tapi aku cuba untuk mengawal fikiran aku supaya tidak berfikiran negative. i don't know why i think so..


Bila dikenangkan semula, nasib semua tidak menyebelahi aku. tapi aku tetap mencuba dan berdoa agar kali ini rezeki memihak kepada aku. Apa-apapun aku tetap bersyukur kerana kesemuanya aku mampu tempuhi.





"api menyala umpama bara yang membakar dan beterbangan diudara, kicauan burung melalui matahari sambil membawa makanan pulang untuk anak yang kelaparan, sambil tersenyum melihat reaksi si burung-burung pulang ke sangkar..obor-obor pun mula pulang kedestinasi, semangat tidak penah berputus asa. hanya kecekalan yang membawa kejayaan untuk dirinya.."

Mr.K Je Vouz Aime...

Sunday, 8 May 2011

Mother's Day

UNTUKMU IBU (kalau nak dengar click je kat tajuk lagu ni)..

Oh! Ibu
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian

Dan aku
Bagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan

Hasratku ini
Masih belum sempat
Kubuktikannya kepadamu
Ibu tersayang
Kucurahkan rasa hati

Ku tatapi potret mu berulang kali
Kurenungkan kalimah yang diberi

Tuhan Yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasihMu

Oh! Ibu
Kau kasih sejati
Kutaburkan doa
Untukmu ibu

Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu

Saat ini
Kuteruskan hidup
Tanpa bersamamu ibu

Ibu...


PN NORHASIMA BINTI AWANG DARUS

bila dengar lagu mamat exist ni, memang serius aku sentap gila. kadang-kadang lirik lagu ni memainkan peranan gak. Yela lagu ni membuatkan aku rasa tangkap leleh and touchinglah. Banyak jasa-jasa mak yang tak dapat aku nak balas dengan wang ringgit or apa-apa. Hanya berdoa untuk kesejahteraan dan kesihatan mak sentiasa. Mak seorang yang sangat garang tapi sangat penyayang, mak jer yang paham anak-anak dia termasuklah anak mak yang bongsu ni..hehe!!

Buat mak...
  • Mak thanks membesarkan adam dengan penuh kasih sayang, tak ada yang lain selain mak yang memahami adam.
  • Selama 21tahun adam hidup, mak adalah teman yang sentiasa ada tak kira adam dalam kesusahan atau kesenangan..
  • Sayang mak...love u forever lah..muah...muah.....muah....

Bila dah besar ni ingat-ingatlah mak kita okeyh. jangan dah kaya kang lupa pulak, nanti kena sumpah jadi lesung batu pulak. haha..tak dapat den nak nolong..

cempedak ditanam masak gebu,
rambutan pula luruh melata,
bulan mei adalah hari ibu,
sambutannya diseluruh negara.


Tanam ubi tanam tebu,

Tanam pula di tepi paya

Terima kasih kepada ibu
Membesarkan kita hingga berjaya

Saturday, 7 May 2011

Takziah..

Perginya seorang sahabat..Al-Fatihah..semoga beliau ditempatkan dengan golongan yang beriman..AMIN..

Thursday, 5 May 2011

Terkejut

memang TERKEJUT bila mendengar berita yang kawan aku KOMA..Innalillah...Erm, walaupun aku hanya kenal si A ni macam tuh jer, tapi dia ni baik, sporting dan yang paling penting dia hargai nilai PERSAHABATAN.. Aku agak tergamam bila dengar berita ni. hanya aku mampu berdoa agak dia cepat sedar dan baik seperti dulu kala.. Tadi aku sempat melawat dan melihat si A. dengan keadaan yang kritikal, hati aku mudah tersentuh dan aku tak mampu nak melihat keadaan dan kondisi nya yang kritikal. Sebak sangat-sangat, bila melihat keadaan macam tuh. tambah-tambah bila melihat ibu bapa si A ni menangis. Aku mampu berkata "sabarlah makcik pakcik..ni dugaan dari Allah".. Itu sahaja yang mampu aku ucapkan..


-Ajal maut ni semua ditentukan oleh Allah swt..entah bila pula masa kita akan tiba...:(

Wednesday, 4 May 2011

Penunggu istana

Sementara menunggu giliran aku untuk presentation minggu depan 9hb mei aku sempatlah ronda2 dulu dekat putrajaya. samping itu, aku pergilah Alamanda sama-sama dengan kawan-kawan aku. masa dah tepat pukul satu petang, tengok-tengok pukul satu ada cerita "Penunggu Istana"... Mula-mula cerita ni sumpah bosan, menyesal gila aku beli tiket ni, dahlah pelakonnya macam apa jer. katanya cerita ni kisah benar, masa aku tengok cerita paranormal ini, sakit kepala aku yela camera nya terhuyung hayang macam apa jer. tambah-tambah aku tengok uncle seekers ada.. sumpah aku benci jantan tuh ada. belagak macam dia terror, agak-agak kalau nak pergi buat apa-apa bawa lah ustaz or yassin ker. ini tidak pakai belasah jer pergi.

paling aku tak paham cerita ini dan membuatkan aku dan kawan-kawan tertanya-tanya betul ke cerita tuh.



macam ni ceritanya, ada sekumpulan pelajar ni nak buat assignment tentang makhluk-makhluk dekat istana billah perak. istana ini dulu banyak kisah-kisah pelik. nama pelakon-pelakon dalam cerita ni "yaya, mus, amar, sara n sorang lagi aku tak ingatlah..".. yang pastinya sorang lagi tuh perempuan tapi gaya macam tomboi. serius aku paling benci budak namanya mus n amar tuh, bajet bagus dan aku tengok dorang nih macam tak tahu pasal agama pulak. boleh pulak main-main. agak-agak la der, alam ghaib ni memang ada dah tertulis dah pun kat kitab A-Quran, cuma kita tak nampak dengan mata kasar jer.

masa aku tengok cerita ini sebenarnya aku dah kecut, gila kau cerita ni real kot. sampai aku tutup muka aku..haha..KANTOI...!! tapi aku tetap tak puas hati sebab ending cerita ini tergantung n cerita ni lastnya cakap pelakon-pelakon dalam cerita mati, kecuali yaya n perempuan tomboi jer. yang amar pulak dah ghaib. sebab dia lah yang bunuh mus n sara..

lepas habis aku tengok cerita ni aku n kawan-kawan melantak A&W..wau sedap...haha..tapi tetap tak puas hati, gara-gara cerita penunggu istana..LOL..:)